
ANAK Allahyarham Sharifah Aini, Aliff Omar menyiram air mawar di pusara Allahyarham ibunya di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.
SEBAGAI pencatat kerjaya seninya, saya memiliki akses untuk mendekati hidup Sharifah Aini, saya berpeluang mendalami dasar hatinya, berkongsi kesunyian yg pernah beliau lalui, meraikan kejayaan dan hari-hari bahagia dalam hidupnya sehinggalah mengenang jerit perih yg pernah menjadi sahabat akrabnya suatu ketika dahulu.
Saya dibenarKn keluar masuk ke mahligai indahnya di Petaling Jaya. Pantang ada majlis ilmu atau agama, saya sentiasa menerima undangan secara peribadi daripada beliau
Bahkan sekitar tahun 2000 saya sendiri diminta Allahyarham untk membawanya ke Hospital Pakar Damansara pada suatu malam kerana beliau tidak sihat.
Kak Ani tidak pula berasa kekok duduk dalam kereta Kancil yg saya pandu ketika itu, sebaliknya beliau tidak putus-putus berterima kasih kepada saya kerana sanggup memandu dalam lewat malam untk menemaninya ke hospital.
Saya katakn tidak ada sebab kenapa beliau perlu berterima kasih kerana sebagai teman saya harus menunaikn tanggungjawab sesama manusia.
Kak Ani, tidak ada niat saya untk mengungkit kebaikan yg pernah saya buat kepada Kak Ani, cuma saya sekadar mahu memberitahu, saya bersyukur pada Allah kerana menemukan kita.
Kerana itu, biarlah untk kali ini saya berterus-terang betapa berita pemergian Allahyarham benar-benar memberi kesan kepada saya.
Saya terlalu ralat kerana tidak berpeluang menjenguk Kak Ani yg sedang sakit ketika pulang ke Kuala Lumpur.
Kali terakhir saya bertemu Kak Ani ialah pada 16 Oktober 2010 ketika menghadiri majlis doa selamat sempena pemergian beliau ke Tanah Suci Mekah yg diadakan di sebuah masjid di Kelana Jaya, Selangor.
Saya masih ingat, semasa di Mekah, Kak Ani ada mengirimkan SMS kepada saya memberitahu khabar beliau di sana dan betapa seronoknya dapat berkunjung ke rumah Allah itu buat kesekian kalinya.
Selepas itu, tiada lagi pertemuan cuma panggiln telefon atau kiriman SMS sebagai pengganti.
Sehinggalah saya diarahkn bertugas di Jakarta menyebabkn hubungan kami berdua semakin jauh. Barangkali, silap saya juga kerana tidak memulakan inisiatif untk menghubunginya semula.
Betapa sukarnya saya dan seluruh anggota masyarakat mahu melepaskan Kak Ani ke alam abadi itu, percayalah begitu besar jugalah jasa dan sumbangn seni Kak Ani kepada kami.
Damailah kamu di sana wahai Hajjah Sharifah Aini Syed Jaafar. Kamu akan saya rindui… Al-Fatihah.
Tag :
Rindu
0 Komentar untuk "KENANGAN Kak Ani akan saya rindu..."