malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Awie: SERAHKAN mahkamah tentukan



AWIE dan isterinya, Rozana pasti berdepan perbicaraan kes yg panjang di mahkamah selepas ini.

AWIE kaki pukul, Awie gangster, Awie panas baran, Awie kaki gaduh, Awie kaki perempuan dan bermacam-macam lagi jolokan yg menjurus kepada perilaku ganas dan samseng tercalit di muka vokalis Wings, Ahmad Azhar Othman.

Sebagaimana yg diketahui umum, Awie pernah dikaitkan dngan insiden pergaduhan di sebuah kelab malam di Pulau Langkawi pada 2012. Tidak lama sebelum itu, Awie juga pernah didakwa bertumbuk di sebuah kelab malam di Ipoh, Perak.

Sering dilabel jahat, malah jolokan yg pernah diterimanya itu barangkali satu penawar yg membuatkan Awie, 46, tenang bahkan mampu tersenyum ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di Mahkamah Majistret Ampang, Jumaat lalu.

Umpama menangkis gerombolan awan hitam, dugaan yg sedang ditentang pelantun Tragedi Oktober itu sebenarnya lebih teruk berbanding kes sebelum ini. Lebih memburukkan keadaan, kali ini Awie didakwa mencederakn dan bertindak ganas terhadap isterinya sendiri, Rozana Misbun, 36.

Semuanya bermula apabila tersebarnya desas-desus mengatakn seorang rockers otai memukul isterinya di sebuah bank. Selepas dipanggil memberi keterangn kepada polis dan seterusnya ke mahkamah Jumaat lalu, episod pengadilan ke atas Awie pun bermula.

Pertuduhan ke atas Awie yg didengar di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman itu menyaksikan satu pertuduhan yg berat. Bapa kepada lima cahaya mata itu dibicarakan bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.


AWIE (tiga dari kanan) diiringi sahabat-sahabatnya ketika muncul di Mahkamah Majistret Ampang, Jumaat lalu.

Awie mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul isterinya, Rozana. Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untk sebutan semula kes berkenaan. Jika sabit kesalahan, Awie boleh dipenjara tujuh tahun maksimum dan denda.

"Kejadian seperti ini untk orang terpilih sahaja. Alhamdulillah benda ini terjadi kepada saya, bukan kepada keluarga isteri saya.

"Masyarakat mungkin sudah lali dngan anggapan jahat terhadap diri saya, bukan kepada keluarga isteri saya. Saya terima tuduhan yg dibuat oleh isteri saya tetapi mahkamah yg akan menentukan segalanya," komen Awie berhubung pendakwaan yg dibuat ke atasnya itu.

Enggan mengulas lanjut ketika bersemuka dengan wartawan di mahkamah, Awie bagaimanapun berkongsi perasaannya dalam satu kiriman mesej yg dihantar kepada seorang rakan wartawan.

"Jangan adili manusia selagi tiada kepastian yg nyata dan cerita yg sebenarnya. Berjayanya seorang lelaki pasti ada seorang wanita di belakangnya, kalau dalam kes saya sekarang, nak dikategorikan apa ya? Wallahualam," tambah Awie seperti berseloroh.

Awie dan Rozana berkahwin pada tahun 2005. Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Awie pernah berkahwin dngan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "BERITA Awie: SERAHKAN mahkamah tentukan"
Back To Top