
FIGURA ini tidak mahu menyalahkn mana-mana pihak berhubung pembatalan konsertnya.
PERANCANGAN yg tidak menjadi. Itu yg berlaku terhadap Konsert I Am Ziana Zain yg dijadualkan berlangsung pada 27 September depan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka.
Sebagaimana luluh hati peminat-peminat yg menunggu, begitu juga hancurnya hati Ziana Zain, apatah lagi setelah 15 tahun menunggu sebuah konsert yg berskala besar.
“Sudah tentu saya mengharapkan konsert ini sebab sudah 15 tahun saya impikn sebuah konsert besar seperti ini. Bila konsert ini diberitahu tidak jadi, memang saya berasa terkilan sebab peminat saya juga begitu mengharapkn konsert ini,” luah penyanyi berusia 46 tahun itu ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menganggap tiada rezeki, Ziana tidak mahu menyalahkn mana-mana pihak termasuk penganjur konsert I Am Ziana Zain, Gold Earth Pictures.
Bahkan, pelantun lagu Setia Ku Di Sini itu mengakui, dia berasa sedikit lega kerana pihak penganjur tidak bersikap lepas tangan, memaklumkn perkara itu (pembatalan konsert) lebih awal sebelum ia menjadi lebih rumit.
“Ini pertama kali syarikat itu (Gold Earth Pictures) menganjurkn sebuah konsert. Saya tidak salahkan Gold Earth Pictures secara seratus peratus kerana ia dikatakn berpunca daripada beberapa individu dalm syarikat itu juga. Nasib baik mereka bersikap profesional memaklumkn perkara itu lebih awal dan saya reda dngan keputusan itu,” ulas Ziana.

ZIANA biasa mengenakn hijab setiap kali menjemput anak-anaknya pulang dari sekolah agama.
Sementara itu, menurut Pengarah Gold Earth Pictures, Azemi Abd. Rahman, pihaknya terpaksa membatalkn penganjurn konsert tersebut kerana masalah dalaman yg serius.
Jelasnya, masalah serius itu melibatkan kos perbelanjaan yg didapati tidak diuruskan secara teratur dan lengkap.
“Kami juga ingin memaklumkan beberapa individu yg dipertanggunjawabkan untk menguruskan dan menyelaraskn konsert ini telah ditamatkn perkhidmatannya.
“Malah, pihak kami juga sudah berbincang dan bertemu dengan Ziana sendiri bagi memaklumkn mengenai perkara ini. Kata sepakat telah diambil untk membubarkan konsert solo Ziana itu pada tahun ini,” jelasnya.
Bagi mengelakkn keadaan menjadi lebih rumit, Azemi juga memberitahu, pihaknya dngan kerjasama Ticketpro akan memulangkn semula semua duit pembeli-pembeli tiket konsert mulai 30 Julai hingga 3 Ogos 2014 dengan syarat mereka harus tampil dngan resit sah pembelian.
Belum bertudung
Dalam pada itu, dua hari lalu Kosmo! mendapati Ziana ada memuat naik sekeping gambar memakai hijab bersama anak-anaknya.
Enggan membuat telahn penyanyi berasal dari Merlimau, Melaka itu sudah berhijab sepenuhnya, Kosmo! bertanya sendiri mengenai perkara itu kepada Ziana.
Mengakui belum berhijab sepenuhnya, jelas Ziana, dia memang sudah terbiasa mengenakn hijab setiap kali menjemput anak-anaknya daripada sekolah agama sejak beberapa tahun yg lalu.
“Begitulah rutin saya setiap kali mahu mengambil anaknya-anak di sekolah. Lebih-lebih lagi apabila saya mahu berjumpa dngan ustaz dan ustazah di sekolah anak-anak saya itu.
“Insya-Allah, hasrat untk memakai hijab itu sudah ada, malah ibu saya juga lebih suka melihat saya keluar mengenakan hijab,” ungkapnya.
0 Komentar untuk "BERITA Ziana Zain OK Konsert Dibatalkan"