malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Zarul Umbrella Minta Tempoh



LIMA tahun tempoh ditetapkn oleh Zarul Husin untk menentukn hala tujunya. Ketika ini Zarul tetap menganggap bidang nyanyian sebagai fokus utama meskipun dia masih terbang di awan biru.

Bagi vokalis kumpulan Umbrella ini kerjayanya sebagai pramugara di syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) masih diperluan meskipun hatinya begitu ingin menyanyi sepenuh masa.

"Sukar sebenarnya nak buat keputusan sama ada mahu menumpukn terus kepada bidang muzik seperti dahulu atau meneruskn kerjaya sebagai pramugara.

"Tapi saya telah menetapkan beberapa pilihan. Jika pilihan pertama tidak menjadi, tentu sekali ada pilihan kedua. Apa-apa pun semuanya akan berlaku dalm tempoh lima tahun lagi," jelas Zarul kepada Pancaindera baru-baru ini.

Meskipun kekangan masa antara tugas di awan biru dngan kehendak menyanyi, Zarul tidak mahu menjadikn perkara itu sebagai sebab untuknya gagal dalam kedua-dua lapangan.

Ketika ini dia lebih menumpukn kepada kerjaya tetap tetapi jika ada masa senggang barulah Zarul menghiburkan peminat yg ternanti-nanti buah tangan terbarunya.

"Sejujurnya saya sendiri tak pernah terfikir untk popular seperti zaman kegemilangan Umbrella dulu. Cukuplah kehadiran saya diiringi dngan lagu-lagu baru dan peminat masih menerima.

"Kalau tengok pada keadaan semasa, saya tak boleh lagi tertinggal. Apa-apa jadi pun saya mesti mengeluarkn satu lagu baru setiap tahun dan ini menjadi trend kepada semua penyanyi.

"Tak ada siapa yg berani untk mengeluarkn album penuh seperti dulu. Bagi orang lama macam saya kena ikut rentak pasaran hari ini. Tak boleh tertinggal lagi," jelasnya.

Terbaru Zarul baru sahaja merakamkan lagu Satu Rasa yg menggandingkanya bersama dengan Marsha Milan. Lagu yg sedang rancak diputarkan di kebanyakan radio itu cepat menangkap di telinga pendengar.

Mengakui pemilihan Marsha sebagai sesuatu yg tepat, Zarul menganggap ada keserasian antara mereka saat kali pertama dipertemukan.

"Apabila menghasilkan lagu baru kena fikir banyak aspek. Sebelum ini saya telah menghasilkn rakaman lagu Ramalanku Benar Belaka 2013.

"Tapi sambutan kurang memberangsangkn. Biasalah apabila rakam semula lagu lama ada yg suka dan ada yg tidak. Sebab itu saya kena fikir banyak perkara sebelum membuat sebarang keputusan," jelasnya lagi.

Mengganggap lagu Satu Rasa sebagai sebuah lagu yg cukup mudah untuk diterima, Zarul lebih berminat untk menghasilkan lagu-lagu yg mudah didengar dan tidak terlalu sukar diterjemah.

Menjelaskn perkara berkenaan, Zarul tidak menganggap lagu bertemakn kisah cinta hanya sesuai dinyanyikn oleh remaja sahaja seperti stigma masyarakat terhadap sesebuah lagu.

Sebaliknya lagu tersebut bebas dinyanyikn oleh sesiapa sahaja asalkan mempunyai asas yg kuat tetapi pada masa yg sama lebih bersifat terbuka.

Ditanya tentang perkembangan terbaru kumpulan Umbrella pula, Zarul menegaskan mereka mempunyai perancangan untk merakamkan lagu baru sebagai simbolik kepada perjuangan seni mereka.

Pun begitu projek yg sedang diusahakan oleh ahli-ahli yg lain sedang dalam proses pembikinan dan akan mula masuk ke studio tidak lama lagi.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "BERITA Zarul Umbrella Minta Tempoh "
Back To Top