malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Johan Raja Lawak Menang Kes Saman



Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkn seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai 'Johan Raja Lawak' dan isterinya.

Pembayaran itu berikutan kes saman berhubung kecederaan yg dialami pelawak itu dalm penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010.

Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkn Pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkn sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahKn Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail serta faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahkn kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.

Dalm penghakimannya, Su berkata mahkamah mengambil kira bahawa plaintif merupakan seorng pelakon dan bergantung kepada wajahnya untuk mencari sumber pendapatan.

"Kecederaan yg dihadapi pada wajah Johan menyebabkn parut kekal dan sebagai seorang pelakon Johan bergantung kepada wajahnya untk mencari pendapatan, akibat daripada kecederaan itu telah menjejaskn kerjayanya sebagai seorng pelakon," katanya.
Hakim itu juga berkata, tidak ada sebarang bukti ditunjukkn oleh plaintif mengenai kehilangan pendapatan yg sebenar ketika kejadian.



Pada 7 Jan lalu, mahkamah membenarkn saman yg dikemukakn Johan dan isterinya selaku plaintif.

Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yg lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dngan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkn Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.

Dalm pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkn meja di hadapannya dan isteri. Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yg dikenali sebagai 'Halim'.

Johan yg juga pengacara mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yg menyebabkan isterinya itu turut dipukul.

Sehubungan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.

Pasangan itu diwakili peguam Suhaimi Saad ma

 

Tag : Johan, Lawak, Menang, Saman

Related Post:

0 Komentar untuk "BERITA Johan Raja Lawak Menang Kes Saman"
Back To Top