malaynews1. Powered by Blogger.

HIBURAN Joe: Tak sensitif Saya Masih BERakal



MACAM orang tak rasional. Itu yg dilemparkan kepada penyanyi rap popular negara, Joe Flizzow selepas dia didakwa sengaja mencetuskn kontroversi menerusi sekeping gambar yg dimuat naik di laman sosial Instagram yg bukan miliknya. Gambar itu memaparkan Joe memakai baju bertulis perkataan Jantan dan dia bergambar bersama dua kenalan yg memakai baju dngan perkataan berunsur lucah. Persepsi awal tentu sekali meletakkn Joe sebagai seorang artis yg tidak menitikberatkn soal sensitiviti masyarakat negara ini, lebih-lebih lagi di kala seluruh umat Islam sedang bersiap untk menerima kehadiran Ramadan yg mulia. Ekoran daripada itu bertubi-tubi hujah negatif dan makian dilemparkn kepada Joe yg kemudiannya mendesak lelaki berusia 35 tahun ini untk tampil bersuara. Ketika dihubungi Pancaindera, Joe dalam nada kesal meluahkn apa yg terbuku di hati tentang isu panas ini.

Apa yg ada dalam fikiran Joe sehingga tergamak bergambar dngan baju bertulis Jantan dan bertulis K*T* itu?

Pertama sekali anda perlu tahu, yg memakai pakaian bertulisan lucah itu bukan saya. Ya, saya pakai baju bertulis Jantan. Tetapi bagi saya itu tidak membawa maksud lain dan adalah satu panggilan yg sama dngan lelaki. Jadi saya rasa tak ada isu. Bagaimanapun saya meminta maaf kerana bergambar dngan mereka yg memakai pakaian yg tidak sepatutnya.

Joe kenal mereka berdua?

Kejadian itu berlaku semasa saya menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini. Kedua-dua mereka cuma kenalan dan masa saya diminta bergambar bersama-sama, saya pun tak perasan. Awak boleh tengok wajah saya dalam gambar itu. Nampak kekok. Saya pula tidak jangka yg ada pihak memuat naik gambar itu dan menyebarknnya di Internet sehinggalah saya menerima kritikan daripada banyak pihak tentangnya.

Khabarnya masih ada yg menghentam Joe walaupun anda sudah buat permohonan maaf secara terbuka di Twitter.

Memang betul saya sudah minta maaf di Twitter. Tapi saya tak boleh tutup mulut orang. Saya sebenarnya sedih dngan keadaan ini. Kalau ikutkan, ini bukan salah saya tetapi saya minta maaf juga kerana tidak mahu memburukkn keadaan.

Saya sedih kerana ada pihak mengambil kesempatan terhadap isu ini untk memburukkan nama dan melemparkn pelbagai kata-kata negatif pada saya. Ingin saya tekankan, bukan saya yg menimbulkan hal ini.

Ada yg mendakwa pakaian dngan perkataan-perkataan begitu adalah daripada rangkaian pakaian yg dihasilkan oleh Joe sendiri. Apa pula penjelasan Joe?

Saya tak pernah menghasilkan rangkaian jenama sendiri. Tidak pernah! Sebelum ini saya hadir dengan Havoc dan ada baju bertulis Havoc tetapi itu untk tujuan promosi album dan untk dijadikan barangan jualan cenderahati. Itu sahaja. Namun saya faham ada industri fesyen yg ekstrem dalm bab-bab ini, cuma saya tidak pernah terlibat. Jadi jangan salah faham dan tuduh apa yg mereka pakai dalam gambar itu datangnya daripada idea saya. Tak masuk akal.



Apabila ramai yg menuduh, adakah Joe rasa tertekan dngan keadaan yg berlaku?

Terus terang semasa isu ini timbul, pada awalnya saya rasa tertekan dan perasaan bercampur baur. Iyalah, bukan salah saya. Malah disebabkn rasa tertekan, saya rasa macam nak lari sekejap ke luar negara, rasa nak balik Johor pun ada. Tapi lama kelamaan, saya semakin okey dan cuba untuk kendalikannya dngan rasional.

Cubalah fikir sebelum ini saya tak ada pun keluar dngan kontroversi mengarut. Saya jaga perkara ini. Kalau bab pakaian, senang cerita, saya ini orangnya mudah. Saya tak pakai baju yg apabila saya balik rumah, mak saya pun tak mahu pandang saya. Apa pandangan orang tua? Apa pandangan kanak-kanak? Fikirlah.

Malu tak dngan keadaan yg berlaku ini?

Saya tak malu tetapi rasa tak adil sebab bukan berpunca daripada saya dan kemudian orng hukum saya kerana dalam gambar itu. Orng boleh bercakap apa sahaja tetapi mereka tidak kenal saya.

Joe akan bersikap lebih berhati-hati selepas ini?

Memang saya tersepit. Tetapi saya belajar bahawa sejauh mana kita baik, orng akan tetap cari kesalahn kita. Apa pun, saya tak mahu salahkn sesiapa. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua.

 

Tag : Masih, sensitif

Related Post:

0 Komentar untuk "HIBURAN Joe: Tak sensitif Saya Masih BERakal"
Back To Top