malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI Taylor Swift gegar Kuala Lumpur



FIGURA bertubuh langsing ini cukup teruja apabila meraih reaksi yg amat memberangsangkan daripada lebih 10,000 audiens yg membanjiri konsertnyadi Kuala Lumpur.

GEMURUH laungan dan jeritan lebih 10,000 audiens yg hadir membelah kelam ruang atmosfera Stadium Putra pada malam Rabu lalu, kedengaran agak sayup daripada pintu belakang stadium tertutup yg terletak berhampiran dengan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu.

Penonton yg hadir pada malam tersebut berkongsi matlamat yg sama -meluap-luap keinginan mahu menonton penyanyi kesayangan mereka, Taylor Swift secara langsung menerusi konsert jelajah keempatnya, The Red Tour.

Namun, pihak media yg dijemput khusus untuk hadir bagi menyaksikan konsert berkenaan tidak dibenarkan masuk sehingga penyanyi dari Pennsylvania, Amerika Syarikat itu melantunkan lagu pertamanya, State of Grace pada 30 saat yg terakhir.

Atas arahan pengurusan artis sendiri, pihak media terpaksa akur.

Namun, tatkala diiring masuk oleh pihak penganjur ke kotak media (media box) dan dibiarkan bebas untuk menikmati konsert tersebut, anak mata terus terpaku pada sosok tubuh genit yg mengenakan kombinasi kemeja putih serta celana pendek hitam dan kasut merah menyala itu.

Ya, ia suatu realiti. Taylor Swift kini berada di bumi Malaysia, di Kuala Lumpur buat julung-julung kalinya.

Dan dia muncul menggegarkan pentas konsertnya itu dengan melompat lincah mengikut ritma muzik serta paduan gempa sorakan mega riuh daripada lautan audiens yg ternyata begitu bertenaga dan teruja menyaksikan kemunculannya.

Aura bintang yg ada pada penyanyi berusia 24 tahun itu sememangnya kuat dan sukses merasuk peminat yg hadir untuk ikut serta menyanyi dan menari bersamanya.

Kisah buli

Usai melengkapkan lagu pertama, Taylor meneruskan kehangatan pada malam itu dengan lagu Holly Ground yg menampilkan sisi berbeza penyanyi yg cukup terkenal dengan irama muzik country itu.

Membawa naik dram kaca yg mempunyai nyalaan lampu di sekelilingnya, Taylor yang manis bergincu merah beraksi ligat mengetuk instrumen itu bersama penari-penari latarnya.


AKSI bersahaja Taylor sambil bermain gitar membuatkan audiens bersorak penuh teruja.

Sekali gus, aksi bersahaja figura bertubuh langsing itu membuatkan penonton bersorak mengiringi persembahannya yg cukup bertenaga.

Bermula dengan beberapa buah lagu yg agak rancak, Taylor kemudiannya memperlahankan lonjakan adrenalin para penonton dengan lagu kelima pada malam itu, Mean.

Sebelum mendendangkan lagu yg dipetik daripada album ketiganya, Speak Now itu, dia sempat meluahkan perasaannya tentang pengalamannya sewaktu menulis lagu tersebut.

"Sewaktu zaman remaja, saya sering mendengar tentang kehidupan di sekolah dan kejadian buli yang berlaku.

"Perlakuan itu sungguh kurang sopan. Ia sedikit sebanyak memberikan saya inspirasi untuk menulis lagu ini," tuturnya sambil bermain gitar.

Pentas kedua

Selepas melantunkan lagu tersebut dengan penuh emosi, Taylor kembali menggamit rasa muda dalam jiwa dan diri penonton dengan menyanyikan lagu yg dipetik daripada album terbaharunya berjudul, 22.

Bijak mencetuskan aura ceria audiens, dia yg mengenakan kemeja-t bertulis 'I Love KL' itu turun membelah lautan penonton sambil menuju ke pentas kecil yg terletak pada penghujung belakang stadium.

Peminat yg berdiri sepanjang garis pemisah antara laluannya itu berebut-rebut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan penyanyi yg pernah menjulang tujuh anugerah Grammy sepanjang penglibatannya dalam bidang nyanyian.

Apabila kakinya menjejak ke pentas kedua, Taylor memperlahankan suasana dengan mendendangkan lagu You Belong With Me, Enchanted dan Sparks Fly dengan diiringi petikan gitar.


BINTANG tersohor global ini tidak ketinggalan beraksi dengan piano di pentas konsertnya.

Pada malam itu juga, seorang peminat cilik yg didukung oleh ibunya cukup bertuah apabila dia menerima kucupan mesra dipipi saat Taylor berjalan merentasi lautan peminat untuk kembali ke pentas utama.

Menari

Walaupun kehadirannya dalam industri muzik antarabangsa hanya berlatar belakangkan dengan genre muzik country, namun, kesungguhannya mengubah persepsi itu dalam lagunya terbukti dengan lagu pop, I Knew You Were Trouble yang digarap oleh penulis lagu yg pernah menaikkan nama penyanyi Britney Spears suatu ketika dahulu. Individu tersebut ialah Max Martin.

Mengenakan busana serba hitam, Taylor berjaya membawakan lagu tersebut sambil menyanyi dan menari dalam masa yg sama.

Namun momentum pada malam itu seperti terhenti tatkala dia meneruskan persembahan dengan lagu All Too Well sambil mengetik piano merah yg tersergam di tengah-tengah pentas.

Membias memori sambil bermain dengan nota muzik pada piano itu, Taylor melontarkan bicara.

"Saya menulis lagu berdasarkan perkara yg menghantui saya. Pengalaman baik dan pengalaman buruk. Semuanya akan saya ingat," ujarnya sambil menyanyi rangkap pertama lagu yang ditulis bersama Liz Rose itu.

Tidak mengecewakan, audiens turut ikut sama menyanyi dan melambaikan tangan sewaktu emosi redup membelenggu ruang stadium itu.

Memujuk hati yang sayu, Taylor kemudiannya kembali menyanyikan lagu 'berhantu'nya, Love Story sambil mengenakan busana seperti seorang puteri yang berona coklat terang.

Mengucapkan selamat malam saat selesai menyanyikan lagu tersebut, peminat yang hadir kelihatan seperti tidak puas dengan persembahan penutup.

Menyorak namanya berulang-ulang kali, penyanyi itu akhirnya muncul kembali mengenakan pakaian serba merah mirip seperti seorang penghibur sarkas.

Mengalunkan lagu We Are Never Ever Getting Back Together sebagai lagu encore (kemuncak), pentas diterangkan dengan cahaya lampu yang segera memercikkan aura gilang-gemilang sambil peminat yang hadir berdiri meraikan tamatnya persembahan konsert Taylor yang berdurasi 120 minit itu.

Tidak puas

Sejujurnya, konsert yang mendapat tajaan utama syarikat insurans AIA itu berjalan terlalu pantas. Mungkin disebabkan hanya 13 lagu sahaja yang didendangkan oleh Taylor, kemuncak persembahan pada malam itu terasa terpotong pada bahagian akhir persembahan.

Banyak lagu popular tidak dinyanyikan oleh Taylor pada malam itu antaranya Fifteen, Mine, Today Was A Fairytale dan Back To December. Paling mengecewakan, lagu yang melonjakkan namanya sebagai penyanyi irama country, Teardrops On My Guitar turut tidak didendangkan.

Bagaimanapun, Taylor sendiri berjaya memberikan persembahan yang bertenaga sepanjang konsert tersebut berlangsung.

Menterjemahkan setiap rendisi dengan skala tenaga berbeza, tidak hairanlah dia masih mendapat tempat di hati peminatnya di seluruh dunia.

Namun, pujian juga harus diberikan kepada penganjur, PR Worldwide Sdn. Bhd. Walaupun hanya membenarkan pihak media untuk masuk sebelum 30 saat terakhir lagu pertama habis dinyanyikan, namun penganjur bijak mengaturkan persembahan pada malam itu tanpa sebarang cacat dan cela.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "TERKINI Taylor Swift gegar Kuala Lumpur"
Back To Top