
Maklumlah lumrah bercinta, mana ada yg lancar setiap masa. Tidak terkecuali pasangan Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza yg sebenarnya sejak awal dikhabarkan bercinta sehingga kini pasti ada sahaja khabar angin yg terpalit.
Baru baru ini, Aiman khabarnya telah bertindak menengking Nur Fathia di khalayak ramai selepas ada terbaca satu komen peminat di internet tentang mereka berdua.
Nur Fathia yg ditemui media baru baru ini menafikan yg komen peminat itu ada menjejaskan hubungan mereka berdua selain turut menafikan yg Aiman ada memarahi beliau di hadapan orang ramai seperti yg didakwa sesetengah pihak.
“Aiman tak pernah menengking saya di hadapan orang ramai dan saya kesal dengan tuduhan itu. Kami selalu bergurau dan adakalanya tampak kasar tapi itulah cara kami. Mungkin ada yg menilai perbuatan itu seperti kami bergaduh besar,” jelasnya.
“Kami masih bersama dan hubungan kami tiada masalah, cuma kalau ada pun ia lumrah dalam bercinta. Mungkin selepas ini, kami akan lebih berdiam diri dan tidak terlalu terbuka berkongsi cerita cinta lagi memandangkan timbul pula kisah kurang enak mengenai kami,” tambah Nur Fathia lagi yg ditemui di majlis anjuran Pantene.
0 Komentar untuk "MENARIK Nur Fathia: Aiman Tidak Pernah Tengking Saya, Kami Okay"