malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI Gadis Dibunuh Kejam Kerana Enggan Beri Nombor Telefon




Perkara yg dilakukan oleh lima lelaki terhadap seorang gadis di dalam sebuah restoran makanan segera McDonald’s cukup kejam dan patut dikenakan hukuman yg berat.

Ia berikutan kejadian yg berlaku pada 9 malam 28 Mei dimana menyaksikan lima orang lelaki yg datang menaiki Porshe Cayenne, telah memasuki restoran tersebut lalu terlihat mangsa disitu.

Mereka kemudiannya telah meminta nombor telefon mangsa namun mangsa enggan memberikannya.

Disebabkan keengganan gadis tersebut menyerahkan nombor telefonnya , kelima-lima lelaki tersebut telah bertindak dengan membelasah gadis tersebut sehingga mati dengan menendangnya di kepala dan menghentak kepalanya hingga tiang besi yg berada disitu patah.

Video kejadian ini juga telah menjadi viral dengan rata-rata mempertikaikan mengapa tidak ada seorang pun yg mahu tampil membantu ketika mangsa meminta pertolongan.



Walau bagaimanapun terdapat saksi yg mendakwa, mereka terlalu takut untuk membantu kerana jumlah penyerang yg ramai dan mereka awal-awal lagi sudah memberi amaran supaya tidak masuk campur.

Apabila melihat pada keberanian para penyerang membunuh di khalayak ramai, pastinya mereka dipercayai datang daripada keluarga yg agak berpengaruh dan tidak mustahil jika mereka akan terlepas daripada hukuman.

Jika semuanya ini benar, maka adalah amat menyedihkan jika kematian gadis tersebut tidak mendapat pembelaan yg sewajarnya daripada pihak yg berwajib .



 

0 Komentar untuk "TERKINI Gadis Dibunuh Kejam Kerana Enggan Beri Nombor Telefon"
Back To Top