malaynews1. Powered by Blogger.

PANAS Erma Fatima Restu Bade Kahwin Satu Lagi


Jumaat lalu, ramai yg terkejut dengan berita perkahwinan kedua suami kepada Erma Fatima dan sebenarnya ternanti nanti apakah reaksi penerbit drama popular tentang berita perkahwinan suaminya, Bade yg dikhabarkan berlangsung di negara jiran.

Dalam kenyataan kepada Pancaindera keluaran Utusan Malaysia, Erma Fatima menjelaskan yg beliau tahu akan perkahwinan yg berlangsung dan merestui hubungan baru suaminya itu selain tidak mahu menghalang kebahagian orang yg disayangi.

“Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yg saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu ‘kan soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri”

“Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yg baik, juga seorang ayah yg bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia”

“Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu,” jelas Erma Fatima.

Harapnya dengan penjelasan Erma Fatima ini, semua boleh mendoakan kebahagian Bade dan isteri barunya juga Erma Fatima sekeluarga. Tidak terlewat rasanya untuk kami ucapkan tahniah dan juga selamat pengantin baru buat Bade.



 

Tag : Fatima, Kahwin, Restu
0 Komentar untuk "PANAS Erma Fatima Restu Bade Kahwin Satu Lagi"
Back To Top