malaynews1. Powered by Blogger.

PANAS Tidak salah berbaik kerana anak - Erra Fazira



“Walaupun kita sudah berpisah, tanggungjawab terhadap anak tetap diutamakan. Disebabkan itu kami boleh bersatu dan bersama.

“Tetapi jangan salah faham, maksud saya bukan bersatu (berkahwin) kembali tetapi berbaik demi anak. Niat Emran itu saya faham, dia mahu tunjuk yg kami tetap ‘bersama’ walaupun bukan lagi sebagai suami isteri,” kata Erra merujuk kepada gambar yg dinaikkan bekas suami, Engku Emran di laman Instagram pada Selasa lalu.

Tambah Erra Fazira yang ditemui ketika majlis peragaan fesyen Rizman Ruzaini baru-baru ini, berbaik dengan pasangan yg sudah berpisah tidak semestinya diakhiri dengan ‘rujuk’ atau berkahwin semula.

“Memang baru-baru ini saya ‘keluar’ dengan bekas suami saya, tetapi kami ke sekolah Engku Aleesya untuk menguruskan hal persekolahan Aleesya. Bagi saya tak salah jika kami lakukan itu demi anak.

“Rasanya ini yg perlu dipraktikkan oleh insan-insan yg sudah berpisah dan mempunyai anak,” katanya.

Jelas Erra lagi, walaupun ia dituntut, namun ia bukanlah penyelesaian utama atau perkara yg seharusnya dilakukan oleh pasangan yg telah berpisah dan bercerai.

Tambahnya demi tanggungjawab terhadap Aleesya yg kini sedang membesar, dia tiada masalah untuk bersatu dengan bekas suaminya.

Dalam pada itu Erra sempat menegaskan hubungannya dengan bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir adalah atas dasar kerja.

Terbaharu, Erra sedang sibuk dengan projek pementasan teater terbitannya sendiri dan telah ‘melamar’ Shahir untuk berlakon tetapi masih belum mendapat jawapan muktamad daripada juara Akademi Fantasia musim ke lapan itu.

 

0 Komentar untuk "PANAS Tidak salah berbaik kerana anak - Erra Fazira"
Back To Top