malaynews1. Powered by Blogger.

HANGAT Farhan Lafaz Cerai 2 Kali, Mahkamah Tangguh 11 Jun

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.


Farhan Lafaz Cerai 2 Kali, Mahkamah Tangguh 11 Jun

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yg dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai dan mengakui terkejut apabila diberitahu mengenai perkara itu.



Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yg juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk secara perbuatan tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

"Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak.



"Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah," jelas Abby kepada mahkamah.

Dalam pada itu, Abby semasa diluar mahkamah menyatakan, dia reda dengan ketentuan terhadap perkahwinannya dengan Muhammad Noor Farhan namun masih berharap ia dapat diselesaikan secara baik.





0 Komentar untuk "HANGAT Farhan Lafaz Cerai 2 Kali, Mahkamah Tangguh 11 Jun"
Back To Top