malaynews1. Powered by Blogger.

ALAMAK Bunuh Diri Selepas Gagal Tukar Jantina




Seorang lelaki Belgium menjalani suntikan maut selepas mendakwa pembedahan penukaran jantina menjadikan dia ‘makhluk asing.’

Nathan Verhelst dilahirkan sebagai Nancy 44 tahun lalu dan mengalami masalah apabila ibunya sering merungut kerana dilahirkan sebagai sebagai wanita.

Dia kemudian menjalani terapi hormon pada 2009 diikuti pembedahan mastektomi (pembuangan buah dada) serta membentuk zakar tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut Verhelst, tiada satu pun pembedahan itu yg berjaya. “Saya bersedia menyambut kelahiran semula saya yg baru tetapi, saya berasa jijik apabila melihat cermin.

“Dada saya tidak seperti yg diharapkan manakala kemaluan menunjukkan tanda penolakan,” katanya. Bercakap mengenai keputusannya untuk menamatkan riwayat sendiri, Verhelst berkata, dia kecewa kerana pembedahan itu menjadikannya “tidak dikehendaki mana-mana wanita.”

Verhelst kemudian disuntik racun selepas pihak berkuasa berpuas hati dia mengalami “penderitaan psikologi tidak tertanggung.” – Agensi




 

0 Komentar untuk "ALAMAK Bunuh Diri Selepas Gagal Tukar Jantina"
Back To Top