malaynews1. Powered by Blogger.

PELIK Gadis Biadab Hina Kereta Murah Yang Melanggar Kereta Bapanya

Sombong, berlagak, poyo! Itulah yg boleh diungkapkan terhadap seorang gadis selepas dia mengupdate statusnya di Facebook semalam. Dengan tulisan yg biadab dia menghina sebuah kereta yg dipercayai lebih murah daripada kereta bapanya dengan memanggil kereta tersebut sebagai 'kereta murah'.




Difahamkan, kereta bapa gadis berkenaan telah berlanggar dengan sebuah kereta lain yg datang dari arah belakang. Ekoran marah dengan kejadian itu(kot), gadis tersebut bertindak menulis status di Facebook dengan nada menghina kereta yg berlanggar dengan kereta bapanya dengan melabelkan kereta tersebut sebagi 'kereta murah'.

Malah dia membandingkan kereta bapanya dengan kereta tersebut umpama air tin berlanggar dengan air kotak. Tidak cukup dengan itu, dia juga menghina cat kereta tersebut sebagai lebih murah daripada cat kereta bapanya.

Inilah keruntuhan akhlak remaja zaman sekrang. Tiada lagi timbang rasa dan hormat menghormati sesama kita. Bahkan mereka menjadi sombong dengan kekayaan sementara yg dikurniakan kepada mereka itu. Semoga anda yg membaca tidak terikut-ikut dengan perangai gadis ini. Jadikanlah perkara ini sebagai sempadan kepada kita semua.



 

0 Komentar untuk "PELIK Gadis Biadab Hina Kereta Murah Yang Melanggar Kereta Bapanya"
Back To Top