Suami kepada model serta pelakon filem 'Kuliah Cinta', Zahnita Wilson mengakui terkejut dengan tuntutan fasakh yg difailkan isterinya pada 18 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor yg juga merupakan ahli perniagaan itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut dan dinasihatkan Hakim Syarie, Azmi Aziz untuk melantik peguam bagi melancarkan prosiding kes.
Lelaki berusia 35 tahun itu bagaimanapun memberitahu tiada sebab untuknya melantik peguam dan akan menjawab sendiri tuntutan tersebut. Terdahulu, peguam syarie, Datuk Amli Embong yg mewakili Zahnita telah menyerahkan saman berhubung kes itu kepada Abdul Zackery memandangkan ahli perniagaan itu belum menjawab permohonan yg difailkan oleh anak guamnya.
Abdul Zackery yg muncul buat pertama kalinya di mahkamah walau bagaimanapun memberitahu hakim dia tidak pernah menerima sebarang notis saman berkaitan kes itu yg memintanya hadir ke mahkamah. Datuk Amli bagaimanapun membantah dan memaklumkan telah menyampaikan notis tersebut melalui penghantar saman pada 5 Disember lepas tetapi dia enggan menerimanya.
Hakim kemudian memutuskan perbicaraan tersebut ditangguhkan pada 3 Julai ini untuk Abdul Zackery memfailkan afidavit pembelaan secara bertulis. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 3 Jun 2005 dan hasil perkongsian hidup selama lapan tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Zahrafeena, 6, dan Zasharayna, 1.
0 Komentar untuk "Suami Zahnita Terkejut Dengan Tuntutan Fasakh"