malaynews1. Powered by Blogger.

Nasir Bilal Khan Komen Isu Sertai Pembangkang


Nasir bertegas tidak menyokong mana-mana parti politik negara.

Pelakon Nasir Bilal Khan berharap foto dia bersama dua wanita memegang bendera parti pembangkang PAS yg tersebar di internet tidak perlu diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.

Nasir, 54, berkata, ia sekadar sekeping foto bersama peminat yg dirakam beberapa tahun lalu di Kedah dan tiada kaitan dia terlibat dengan parti politik berkenaan.

"Perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Foto biasa sahaja dengan peminat.

"Bagi saya tidak kiralah peminat datang daripada mana-mana parti sekalipun, jika mereka mahu bergambar dengan saya, apa salahnya.

"Diharap foto itu tidak memberi sebarang persepsi negatif," katanya yg dihubungi mStar Online pada petang Selasa.

Sebuah portal pada Selasa memaparkan foto Nasir bersama dua wanita memegang bendera parti PAS.



Foto Nasir bersama dua peminat wanita yg kononnya sedang berada pada acara kempen parti pembangkan PAS.

Pelakon itu dikatakan dilihat seperti sedang menghadiri sebuah kempen untuk parti pembangkang tersebut.Foto tersebut membuatkan ramai berpendapat Nasir kini menyertai dunia politik.

Sementara itu, Nasir berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak menyertai mana-mana parti politik mahupun sekadar menjadi ahli kerana risau sekiranya dianggap menyebelahi mana-mana pihak.

"Saya memang tidak mahu menjadi ahli mana-mana parti, takut dituduh 'biars' pula.

"Bagi saya, sebagai seniman, kita perlu berada di tengah-tengah dan akan bersuara jika ada perkara yg tidak disenangi.

"Ada artis lebih suka bersuara lantang mengenai rasa tidak puas hati mereka, tetapi saya lebih senang meluahkannya menerusi karya seni lakonan yg dibawakan," tegasnya.

 

0 Komentar untuk "Nasir Bilal Khan Komen Isu Sertai Pembangkang"
Back To Top