malaynews1. Powered by Blogger.

2NE1 Gegar Stadium Bukit Jalil



STADIUM Negara dibanjiri dengan ribuan peminat kumpulan wanita dari Korea Selatan, 2NE1 yg datang ke negara ini bagi menjayakan konsert 2NE1 2014 World Tour All Or Nothing.

Walaupun tiket habis terjual, peminat kumpulan yg dianggotai CL, Minzy, Dara dan Bom ini sanggup meraih ihsan penganjur untuk membeli tiket konsert bagi menyaksikan bintang kesayangan mereka beraksi di pentas.

Ada juga peminat penghibur ini yg sanggup menjadi penonton di luar stadium gara-gara tidak memiliki tiket.

Menariknya lagi, dua pengarah kreatif untuk konsert 2NE1 ini iaitu Travis Payne dan Stacy Walker bukan calang-calang orang kerana pernah mengarahkan koreografi untuk bintang terkenal dunia iaitu Michael Jackson semasa This Is It Tour.

"Are U Ready?” begitulah ungkapan yang diberikan oleh seorang ahli kumpulan 2NE1, CL yg mempunyai antara peminat teramai selepas Dara.

Ucapannya itu disambut dengan sorakan dan laungan hampir 5,000 peminat yg membanjiri Stadium Negara sejak awal petang lagi.

Suara serak basah CL yg bergema menjadikan peminat tidak sabar untuk menunggu lagu pertama mereka dan menyaksikan kehebatan kumpulan wanita tersohor ini beraksi di pentas dengan tarian mantap mereka.

Konsert malam itu dimulakan dengan irama rancak gaya urban kontemporari dan dance pop seakan kehangatan kumpulan Destiny Child dan TLC dengan lagu mereka berjudul I Am The Best.

Ramai penyokong tegar 2NE1 yg digelar Blackjack itu turut sama menyanyikan lagu itu bersama penyanyi kesayangan mereka.

Apa yang lebih menghangatkan peminat VVIP yg berada dekat dengan pentas persembahan tidak melepaskan peluang mengambil gambar sambil menari sehingga menghangatkan Stadium Negara dengan beberapa lagu-lagu rancak mereka.

Persembahan 2NE1 diteruskan dengan lagu Ugly yg pastinya merupakan lagu yang dinantikan peminat mereka.

Selepas itu peminat dihiburkan dengan lagu-lagu popular mereka seperti I Love You, Lonely, Clap Your Hands dan single terbaharu mereka yg turut dilancarkan pada malam itu, Missing You.

Menariknya pada malam itu juga merupakan ulang tahun kelahiran seorang daripada ahlinya iaitu Bom. Dia turut berinteraksi dengan Blackjack dan melahirkan rasa gembiranya apabila bersama-sama meraikan hari kelahirannya dan akan memberikan yg terbaik dalam persembahannya.

Memberikan persembahan yg sangat bertenaga, ternyata kehadiran empat ahli kumpulan ini mampu memberikan kepuasan kepada peminatnya.

CL tampil memukau

Persembahan turut diserikan dengan kumpulan Winner yg merupakan sebuah lagi kumpulan baharu di bawah naungan YG Entertaiment.

Tidak terhenti di situ, Winner yang merupakan anggota yang bakal popular kerana gaya dan gerak tari yang luar biasa, turut memukau peminat dengan beberapa perkataan dari bahasa Melayu seperti 'Aku Cinta Padamu' dan berinteraksi dengan peminat dalam bahasa Melayu.

Sebelum mengakhiri persembahan mereka, kumpulan Winner menyatakan hasrat untuk kembali ke Malaysia dan sangat teruja kerana berpeluang bertemu peminatnya di sini.

Persembahan 2NE1 diteruskan dengan beberapa lagu terbaharu mereka menerusi album Crush diiringi penari lelaki yg ternyata menggamatkan suasana di Stadium Negara.

Tidak lengkap konsert 2NE1 2014 World Tour All Or Nothing, sekiranya tanpa persembahan daripada ketua ahli kumpulan itu iaitu CL yg tampil memukau dengan lagu hitsnya, Baddest Female dan MTBD.

Diiringi sorakan paling gemuruh, persembahan CL nyata tidak mampu membuatkan peminatnya terus berganjak meskipun stadium sesak dan panas. Malah, mereka sanggup menari bersama tanda sokongan terhadap artis kesayangan mereka.

Lebih gamat, apabila kesemua ahli 2NE1 bermain belon dan berinteraksi bersama peminat pada persembahan kedua terakhir mereka.

Memilih lagu Can't Nobody sebagai lagu terakhir, 2NE1 turut memanfaatkan masa yg ada dengan menyanyi bersama-sama peminat.

Sebelum beredar meninggalkan pentas, 2NE1 bagaimanapun sempat berikan ungkapan I love u dan berjanji akan kembali ke Malaysia lagi.

Apa yg pastinya ia akan menjadi momen indah buat semua peminat yg hadir menyaksikan konsert mereka pada malam itu.

 

Tag : gegar, stadium
0 Komentar untuk "2NE1 Gegar Stadium Bukit Jalil"
Back To Top