malaynews1. Powered by Blogger.

Elly Mazlein Sudah Putus Tunang?




Biarpun ramai yang bertanyakan mengenai hubungan di antara pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein bersama tunangnya sama ada sudah berakhir atau tidak namun Elly masih tidak mahu membuka mulut.

“Siapa yang tidak ingin bahagia. Malah kalau boleh, saya nak kongsi dengan semua orang perkembangan hari bersejarah itu nanti macam pertunangan tempoh hari.

“Cuma untuk terlampau terbuka memperinci segala-galanya bukan sekarang,” jelasnya.

Seakan memberi bayangan, pelakon dan penyanyi itu mengakui, biarlah ketika ini, dia berkongsi kehadiran single baru, Sabarlah Sayang yang ditunggu hampir setahun lalu.

Sebelum ini, kisah pertunangan mereka pernah mendapat perhatian ramai.

Siapa boleh melupakan memori Elly diarak menaiki kereta kuda ke dewan berhias indah tatkala pihak lelaki menghantar cincin tanda dengan rancangan ijab kabul pada Februari tahun lalu.

Kemudian, majlis itu ditunda ke Disember sebelum segala perancangan senyap bagai dibawa angin lalu.

Ditanya tidakkah dia kisah mengenai tanggapan orang, Elly ada penjelasannya.

“Terpulanglah kepada orang untuk membuat spekulasi sama ada ia berakhir di jinjang pelamin atau sebaliknya… Hal itu bagi saya bukan suatu perkara memalukan,” katanya.

-mynewshub

0 Komentar untuk "Elly Mazlein Sudah Putus Tunang? "
Back To Top