Pelakon, Fizo Omar yang kini sedang menjalinkan percintaan dengan seorang gadis bernama Haas Jaafar, 25, mengatakan dia berasa fobia untuk menceritakan perihal cintanya secara lebih terbuka.
Memetik laporan portal Murai, Fizo mengatakan,“Ya, kisah yang berlaku terhadap Sharnaaz dan Shila sedikit sebanyak membuatkan saya berasa takut untuk bercerita lebih tentang kisah percintaan saya dengan Haas. Apa yang berlaku terhadap mereka memberikan pengajaran yang bermakna buat golongan artis”.
“Setakat ini, semua peminat saya memberikan sokongan dan merestui hubungan saya dengan Haas. Bagaimanapun, saya juga kena terima hakikat bahawa tidak semua peminat saya boleh terima dengan berita percintaan saya ini”, katanya.
Fizo turut menjelaskan hubungan mereka masih belum sampai ke tahap berjumpa keluarga masing-masing walaupun mengakui dirinya sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Diharapkan hubungan Fizo dan pasangannya yang masih menuntut di Universiti Lim Kok Wing itu akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.
-mynewshub
Tag :
berita hiburan,
Isu Semasa
0 Komentar untuk "Kisah Sharnaaz, Shila Buat Fizo Fobia Jaja Cinta "