malaynews1. Powered by Blogger.

Tahukah Anda Mimpi Siang Hari Itu Benar


Mimpi yg datang kepada kita ada 3 jenis .
1 - mimpi daripada syaitan
2 - mimpi daripada Allah
3 - mimpi daripada diri sendiri



Di dalam kitab Sahih Al - Bukhari dinyatakan bahawa
Muhammad Ibnu Sirin berkata bahawa
mimpi pada waktu siang adalah sama seperti mimpi pada waktu malam .
( Fathul Bari , 12/409 ) .

Kata Abul Hasan dalam kitab Nurul Bustan bahawa
tiada beza antara mimpi siang & mimpi malam ,
& hukum kedua - duanya adalah satu ( sama ) pada ibarat .
( Umdatul Qari syarah Bukhari , 24/216 )

Dalam hadis yg diriwayatkan dari Abu Said Al khudri ,
Nabi Muhammad ( selawat & salam ke atas baginda ) bersabda , ertinya ;
Mimpi yg paling benar ialah pada waktu sahur ( akhir malam )
( Hadis sahih Riwayat Ahmad , Tirmizi , Ibnu Hibban , Hakim )
( Faidhul Qadir , 1/530 )

Dalam sebuah hadis daif riwayat dari Jabir dinyatakan bahawa ;
Mimpi yg paling benar ialah pada waktu siang .
( Hakim dalam Tarikh , & Dailami )

Walaupun hadis ini daif namun ulama tidak terus berkata ;
mimpi pada waktu siang tidak boleh pakai sebab hadis ini daif .

Tetapi mereka berkata ,
boleh dikatakan bahawa mimpi siang lebih benar daripada mimpi malam selain daripada waktu sahur .
Kerana mengumpulkan dua hadis di atas .
Dan memang terdapat ulama yg berkata bahwa mimpi siang lebih kuat daripada mimpi malam .
Tag : Islam
0 Komentar untuk "Tahukah Anda Mimpi Siang Hari Itu Benar"
Back To Top