malaynews1. Powered by Blogger.

Kenali Ciri-ciri Wanita Solehah



Siapakah wanita solehah yg selalu di damba oleh setiap Lelaki, & bagaimana ciri-cirinya ??

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


"Wanita (isteri) solehah adalah yg taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikerana Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34)

Dalam ayat yg mulia di atas disebutkan di antara sifat wanita solehah adalah taat kepada Allah & kepada suaminya dalam perkara yg ma'ruf lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

"Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Rabbnya & taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: "Wanita solehah adalah yg taat," yakni taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada." Yakni taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada (sedang bepergian, pen.), dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya & harta suaminya." (Taisir Al-Karimir Rahman, hal.177)

Ada kisah Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan kepada Rasul-Nya Shallallahu 'alaihi wa sallam:

"Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yg lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat, taibat, 'abidat, saihat dari kalangan janda ataupun gadis." (At-Tahrim: 5)

Dalam ayat yg mulia di atas disebutkan beberapa sifat isteri yg solehah yaitu:

a. Muslimat: wanita-wanita yg ikhlas (kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala), tunduk kepada perintah Allah ta'ala dan perintah Rasul-Nya.
b. Mukminat: wanita-wanita yg membenarkan perintah & larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala
c. Qanitat: wanita-wanita yg taat
d. Taibat: wanita-wanita yg selalu bertaubat dari dosa-dosa mereka, selalu kembali kepada perintah (perkara yg ditetapkan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam walaupun harus meninggalkan apa yg disenangi oleh hawa nafsu mereka.
e. 'Abidat: wanita-wanita yg banyak melakukan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala (dengan mentauhidkannya karena semua yg dimaksud dengan ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an adalah tauhid, kata Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma).
f. Shoimat: wanita-wanita yg berpuasa. (Al-Jami' li Ahkamil Qur'an, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132)
Tag : Islam
0 Komentar untuk "Kenali Ciri-ciri Wanita Solehah"
Back To Top