malaynews1. Powered by Blogger.

Rosyam Nor Ubah Haluan




Makin bertambah & murah rezeki Dato Rosyam Nor sejak menimang cucu ni kan.

Terbaru, pelakon berbakat besar ini telah dilamar oleh stesen radio popular, Hot FM untuk bergelar penyampai di radio mereka.

Rosyam akan ditugaskan mengendalikan segmen Doktor R yg akan bersiaran setiap Rabu, pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

Segmen tersebut akan menunjukkan kebolehan Rosyam menjawab pelbagai permasalahan pendengar dari segi cinta, kewangan & sebagainya.

Selain Rosyam, dua lagi pelakon yg sedang meningkat populariti mereka iaitu Sherry Al-Hadad & Zulin Aziz pula akan bergandingan dalam segmen Diva @ AM Krew yg diadakan dari setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 pagi & ulangannya pada 9.00 pagi.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Rosyam Nor Ubah Haluan "
Back To Top