malaynews1. Powered by Blogger.

Tasha Shilla Masih Buka Pintu Hati Untuk Mana-Mana Lelaki

 


Memang dia sekarang sedang menjalinkan hubungan dengan Mahali Jasuli. Namun tegas Tasha Shilla, dia dan pemain bola sepak kebangsaan itu tidak bercinta… sebaliknya hanya berkawan. Sebagai bukti, aktres itu berkata, buat masa ini dia masih membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki yang serius ingin mengenali dirinya. Gadis berusia 26 tahun ini juga menyatakan dia tidak ada masa untuk bercinta sebaliknya kini sudah bersedia untuk bergelar isteri.

“Hubungan kami macam biasa, macam sebelum ni. Masih berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Sebenarnya saya masih buka pintu hati saya untuk mana-mana lelaki dengan syarat lelaki itu betul-betul ikhlas, serius dan dah bersedia dengan tanggungjawabnya untuk berkeluarga. Saya tak ada masa nak bercinta-cinta. Saya sekarang dah ready nak bergelar isteri”, ujar Tasha Shilla kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui.

Menurut Tasha, tidak hanya Mahali seorang saja kenalan lelaki yang rapat dengannya kerana dia sebenarnya mempunyai ramai kenalan. Tetapi perhubungan persahabatnnya dengan pemain bola sepak itu lebih digembar-gemburkan kerana Mahali seorang yang dikenali ramai.

“Bukan hanya dengan dia (Mahali) saja kawan lelaki saya. Saya kawan dengan ramai orang. Mungkin sebab ramai orang kenal dia. Bagi saya, saya layan kawan-kawan saya sama rata.

“Dia sebenarnya tak berapa selesa bila cerita-cerita hubungan kami dihebah-hebakan. Dia risau dan sedikit sebanyak menganggu fokusnya. Dia juga bimbang kalau nanti, katakan dia tidak mampu beraksi dengan baik di padang, orang akan salahkan saya pula dan menganggap kononnya hubungan kami membuatkan prestasinya menurun”, ujar pelakon Epilog Cinta Khirana ini.

Dalam pada itu Tasha tidak menafikan yang Mahali memiliki ciri-ciri lelaki idamannya. Malah kejujuran dan keikhlasan Mahali membuatkan dia selesa berkawan dengan jejaka itu, sejak enam bulan lalu.

Sumber


0 Komentar untuk "Tasha Shilla Masih Buka Pintu Hati Untuk Mana-Mana Lelaki "
Back To Top