malaynews1. Powered by Blogger.

Pengacara ‘Hijab Stalista’ Jauhi Golongan VIP

 

Pengacara Hijab Stalista, Nor Ameera Zaini, 24, menganggap tujuan menceburkan diri dalam industri seni tanah air adalah kerana minat yang mendalam dan bukan mengejar populariti atau

memasang keinginan mendekati golongan VIP. Jelasnya, dia seorang yang sukar untuk didekati dan sentiasa menjaga batas pergaulan terutamanya dengan lelaki yang tidak dikenali.

“Saya tahu orang akan berkata jika terlibat dalam industri seni salah satu adalah untuk mencari orang berada, tapi saya bukan begitu, saya bukan wanita metarialistik.

“Saya jenis yang sukar untuk rapat dengan seseorang terutamanya lelaki yang cuba mengenali dengan sesuatu tujuan,” katanya ketika ditemui perlancaran program Raudhah Di Hatiku, di sini, Isnin. Kata Ameera, apa yang lebih penting adalah niat dan matlamat utama berada dalam bidang ini sentiasa diutamakan.

“Ayah banyak beri nasihat agar saya sentiasa berhati-hati dan tidak hilang fokus, lagi pula sekarang saya terpaksa tangguhkan pengajian dalam bidang farmasi di MSU. Saya tidak mahu apa yang saya kejar ini menjadi sia-sia kerana hal-hal peribadi,

Sementara itu, Ameera mengakui selama enam bulan mengacarakan rancangan Hijab Stalista memberi peluang kepadanya menjelajahi beberapa negara di dunia.

“Setakat ini kita sudah 17 episod dan sembilan buah negara saya dan produksi sudah pergi bagi melihat perkembangan fesyen muslimah di sana. Apa yang dapat saya simpulkan adalah banyak pengajaran yang saya dapat, antaranya bagaimana sesebuah negara yang dikatakan negara Islam tetapi mengharamkan pemakaian tudung di sekolah dan juga masyarakat minoriti di Korea berfesyen ala K-Pop,” katanya.

Ketika ditanya tentang peluang mengembangkan bakat kepada bidang lain, jawab Ameera, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa menolaknya kerana belum bersedia.

“Buat masa ini biarlah saya fokus satu-satu dulu, saya belum bersedia untuk menceburi bidang lakonan,” katanya.

Sumber


0 Komentar untuk "Pengacara ‘Hijab Stalista’ Jauhi Golongan VIP "
Back To Top