malaynews1. Powered by Blogger.

Nomad Dan Rita Rudaini Bercinta



Pelakon terkenal, Rita Rudaini sekali lagi menjadi terpalit dalam kontroversi apabila sebuah artikel menyiarkan dia dikatakan sedang hangat bercinta dengan pendatang baru dunia nyanyian, Nomad.

Tidak tahu bagaimana gosip tersebut bila timbul namun yg pastinya bekas isteri pemain bolasepak kebangsaan itu naik angin & meluahkan rasa kecewanya di Harian Metro hari ini. Rita sedikit berang kerana tahu cerita berkenaan tidak betul & fitnah semata-mata.

“Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya. Saya ibu tunggal kepada dua anak.”

“Sudahlah masyarakat mudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yg bergelar janda.”

“Hakikatnya, saya bertemu Nomad sewaktu mempromosi filem Balistik, tetapi apa yg berlaku seperti bergambar bersama & merakam aksinya menyanyi adalah perkara biasa.”

Sementara itu, Rita Rudaini memberi amaran keras kepada Nomad agar tidak cuba mengeluarkan sebarang kenyataan yg bakal mencemarkan nama baiknya. Katanya, jika mahu popular pun, mencanang gosip tidak benar bukan cara yg betul.

“Sebelum ini belum ada rekod lagi saya digosip dengan mana-mana lelaki. Jangan sesekali cuba mencemarkan nama saya. Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain. Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat & ini bukan caranya.”

Dalam laporan sama, Nomad bagaimanapun terkejut dengan penyebaran gosip tersebut. Dia kemudiannya memohon kepada Rita Rudaini jika ada sebarang kenyataannya baru-baru ini yang mencemarkan nama baik pelakon filem Balistik itu.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Nomad Dan Rita Rudaini Bercinta"
Back To Top