malaynews1. Powered by Blogger.

Keputusan Kamal Adli Dan Intan Ladyana Bakal Di Umumkan Tahun Ini



Dengar khabarnya, pasangan pelakon terkenal Kamal Adli & Intan Ladyana bakal bernikah hujung tahun 2014 berikutan pengakuan Kamal baru-baru ini. Kata aktor berusia 28 tahun itu, kedudukan kewangannya ketika ini lebih stabil untuk membina keluarga.

Kamal turut menambah, dia kini sudah memiliki beberapa aset penting seperti rumah & kereta selain bakal membuka gelanggang futsal di sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama seorang rakan kongsinya awal tahun ini.

“Saya dah bersedia untuk kahwin & kami (dengan Intan) ada berbincang mengenai perkahwinan. Alhamdulillah saya sudah memiliki rumah & kereta untuk keselesaan Intan nanti. Cuma tinggal satu perkara sahaja lagi iaitu saya mahu membuka tempat bermain futsal sebelum kami mendirikan rumah tangga.”

Sementara itu, pasangan Kamal & Intan mengakui lebih gembira tahun ini kerana pihak media semakin jarang bertanyakan soal kisah cintanya & tarikh bila hendak berkahwin.

“Saya seronok sangat apabila kami dah tak lagi dikaitkan dalam mana-mana berita mahupun gosip. Yalah… lagipun semua orang dah tahu mengenai perhubungan ini.”

“Orang mesti kata ‘dia orang tunggu masa nak kahwin saja’… Itu yg mereka dah tak banyak cakap fasal kami. Tetapi macam mana pun kami tetap tidak boleh lari daripada persoalan, ‘bila nak kahwin?”
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Keputusan Kamal Adli Dan Intan Ladyana Bakal Di Umumkan Tahun Ini"
Back To Top