Anak kepada penyanyi Andy (Flop Poppy) iaitu Megat Daniel Azreen atau dikenali sebagai Dan Azreen mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan
seorang pereka fesyen yang 13 tahun lebih tua daripadanya sejak tujuh bulan lalu. Dan Azreen mengenali buah hatinya itu menerusi kenalan kepada ibunya pada tahun lalu.
pemuda berusia 21 tahun itu berkata, perbezaan usianya degan wanita bernama Asimareen, 34, itu tidak menjadi penghalang mereka bercinta seterusnya bergelar isteri jika ada jodoh.
“Keluarga dan kenalan rapat saya tahu yang saya memang tidak sukakan wanita yang bersikap kebudak-budakan. Saya lebih selesa berkawan dengan wanita yang lebih dewasa. Usia bukan penghalang kepada cinta kami kerana paling penting kami selesa dan memahami antara satu sama lain,”
Sumber
0 Komentar untuk "Beza 13 Tahun Tak Halang Cinta Anak Andy (Flop Poppy) Dan Kawan Ibunya"