malaynews1. Powered by Blogger.

Fesyen Rambut Yang Diharamkan Dalam Islam


Fesyen mengayakan rambut dengan cukuran separuh,Sudah menjadi trend dalam kalangan remaja.Tapi mungkin ramai yg tidak sedar & tidak tahu bahawa ianya adalah haram bagi mereka yg beragama Islam.Terdapat bentuk cukuran yg dilarang oleh Rasulullah S.A.W iaitu apa yg disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza’.

Qaza’ ialah mencukur sebahagian rambut & meninggalkan sebahagian yg lain. Sama ada mencukur di tengah kepala & meninggalkan yg tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.

Larangan melakukan qaza’ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yg bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah daripada melakukan qaza’ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yg lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yg bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yg dicukur sebahagian rambutnya & ditinggalkan sebahagian yg lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian & Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”
(Hadis riwayat Abu Daud)


Ayuh sebarkan dan semoga ianya bermanfaat.
Tag : Islam
0 Komentar untuk "Fesyen Rambut Yang Diharamkan Dalam Islam"
Back To Top