malaynews1. Powered by Blogger.

David Dan Victoria Beckham Bakal Ke Malaysia






Pasangan selebriti sensasi dunia, David & Victoria Beckham sudah mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia pada Mac ini.

Ini kerana mereka telah diundang untuk bersama-sama memeriahkan Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014, yg mana merupakan acara premier dalam kalendar sukan antarabangsa.

Majlis anugerah ini akan berlangsung pada 26 Mac depan bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Selain pasangan itu, antara bintang sukan terkenal dunia yg dijadualkan bakal hadir pada majlis itu ialah Usain Bolt, Roger Federer, Alex Ferguson, Lewis Hamilton, Serena Williams & Zinedine Zidane.

Atlit Malaysia yg tidak kurang hebatnya seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David & Pandelela Rinong turut dijemput memeriahkan anugerah sukan berprestij itu.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "David Dan Victoria Beckham Bakal Ke Malaysia"
Back To Top