malaynews1. Powered by Blogger.

Masih Lagi Solo Dan Hanya Fokus Kepada Kerjaya - Nas-T







AGAK lama kita tidak mendengar cerita pelakon yg juga deejay kelab, Nas-T semenjak putus cinta dengan Nabila Huda.

Dia mengakui bahawa dirinya masih kerap diajukan soalan berkaitan dengan perkara itu.

“Perkara itu sudah berlalu. I pun dah move on, begitu juga dia. Cuma nak menjawab itu yg penat. Tapi I faham bahawa sesetengah orang tidak tahu & saya kena beri penjelasan sebenarnya. I tak nak nanti followers I ingat yg I ni artis kontroversi.

“Benda tu tidak memberi kesan kepada persahabatan kami. Sebab saya & dia pun mulanya berkawan. Masa itu, kami mencuba menjadi lebih daripada kawan.

“Apapun, sekarang ini hubungan kami masih baik. Dia ada hal dia & saya pun sibuk dengan urusan saya,” ujarnya.

Menurut Nas-T, sehingga kini dia masih sendiri & hanya mahu memberi fokus terhadap kerjayanya.

Bagi mereka yg rindukan aksi jejaka ini di kaca televisyen, dia akan muncul dalam program Fear Factor Malaysia yg akan mula bersiaran pada 15 Februari depan.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Masih Lagi Solo Dan Hanya Fokus Kepada Kerjaya - Nas-T"
Back To Top