malaynews1. Powered by Blogger.

Tiz Tayang Kekasih Di Instagram, Balas Dendam?




Jika sebelum ini, Tiz Zaqyah amat berat untuk berkongsi mengenai hal peribadinya, tetapi baru-baru ini sebaliknya pula berlaku.

Tiz dilihat sudah mula berani berkongsi privasinya di laman Instagram.

Dia telah memuat naik beberapa keping gambar bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Daniel Haziq.

Tindakan Tiz itu telah menimbulkan pertanyaan di kalangan beberapa pihak yang mengatakan Tiz sengaja menayangkan kekasihnya gara-gara mahu membalas dendam terhadap pelakon Remy Ishak, yang satu ketika dulu pernah mengisi ruang hatinya.

Walaubagaimana pun, menerusi Malaysiandigest, semalam, Tiz berkata tidak timbul soal mahu membalas dendam terhadap Remy.

Sebaliknya mengakui dia kini sudah lebih bersikap terbuka untuk berkongsi dengan umum mengenai hal-hal peribadi.

“Sekarang ini tidak ada apa yang nak disorokkan lagi. Saya sudah lebih selesa nak kongsi dengan peminat.

“Saya tahu ada yang suka dan ada yang tak suka. Tapi saya hanya akan berkongsi setakat apa yang boleh dan tidaklah sehingga ke perkara-perkara yang terlalu peribadi,” katanya.

Tambahnya, walaupun dia dan Remy sudah tidak sebagai pasangan kekasih tetapi hubungan mereka masih baik.

Malah Tiz dan Remy masih boleh berkerjasama dan berlakon sebagai pasangan bercinta dalam drama.

Mereka berdua bakal muncul dalam drama bersiri Cinta Jangan Pergi mulai 6 April ini.

-mynewshub

0 Komentar untuk "Tiz Tayang Kekasih Di Instagram, Balas Dendam? "
Back To Top