Melalui laman blog beautifulnara, memberitahu bahawa Syamsul Yusof dan Ammar Alfian dikatakan hampir bertumbuk di
Restoran Publika gara-gara tindakan Syamsul yang tidak mahu mengakui dirinya bercinta dengan Puteri Sarah Liyana walaupun ditanya berulang kali oleh Ammar.
Pertemuan Syamsul Yusof dan Ammar Alfian sebenarnya dirancang oleh Syamsul sendiri pada 18 Mei lalu dengan tujuan untuk menyelesaikan permasalahan dan persengketaan yang wujud antara mereka berdua, namun Ammar Alfian yang gagal mengawal sikap panas barannya hampir menumbuk Syamsul Yusof.
Syamsul Yusof dan Ammar Alfian akhirnya berdamai apabila Syamsul mengakui yang dia sedang berkawan dengan Puteri Sarah. Syamsul turut sama menghulurkan tangan untuk bersalaman tanda pendamaian. Ammar menerima salam tersebut dan mengakui kesilapannya menyerang Syamsul dan Sarah menerusi Twitter.
Sumber
0 Komentar untuk "Kerana Puteri Sarah, Syamsul dan Ammar bertumbuk Restoran Publika "