malaynews1. Powered by Blogger.

Kekasih Baru Lana Nordin Bukan Kekasih Orang Lain - Lana Nordin




Lana Nordin mendedahkan sudah menemui kekasih baharu selepas putus cinta dengan Johan As'ari & sedang mengenali hati budi pemuda tersebut.

Lana Nordin bagaimanapun menafikan lelaki itu adalah kekasih kepada penyanyi Adira seperti mana khabar angin yg tersebar di blog-blog hiburan tempatan.

"Saya tidak kenal siapa kekasih Adira sehingga diberitahu mengenai gosip ini barulah saya cari gambarnya di internet & saya tidak mengenalinya," katanya lagi.

Pelakon itu turut mengakui selepas putus cinta dengan Johan beberapa lelaki ada mendekatinya sehinggalah hatinya terbuka untuk mengenali seorang daripada mereka dengan lebih rapat.

Bagaimanapun Lana enggan berkongsi lanjut mengenai hubungan tersebut kerana bimbang akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

"Buat masa ini fokus utama saya adalah untuk mendekatkan diri pada agama & menjadi insan lebih sempurna sebelum kembali serius bercinta," katanya.

Dalam pada itu, Lana berkata dia bakal menunaikan umrah pada 28 Februari ini bersama rakan baiknya, pelakon Lisdawati.

Keputusan itu adalah untuk mendekatkan lagi diri kepada Allah selain mahu diberi ketenangan jiwa & dipercepatkan jodoh.

"Saya sudah merancang lama untuk menaikan ibadah ini namun baru sekarang ia termakbul & jalan untuk ke sana seperti dipermudahkan," katanya.

Lana turut mengakui sudah beberapa kali menghadiri kelas-kelas agama sebagai persiapan ke Tanah Suci. Dia juga berazam untuk menjadi insan lebih baik selepas pulang menunaikan ibadah itu.

"Alhamdulillah, saya ada menghadiri beberapa sesi usrah bersama Lisdawati bagi mendalami sedikit sebanyak ilmu agama sebagai persiapan ke sana.

"Saya berharap semua urusan dipermudahkan & menjadi orang yang lebih baik selepas ini," ujarnya.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Kekasih Baru Lana Nordin Bukan Kekasih Orang Lain - Lana Nordin"
Back To Top