malaynews1. Powered by Blogger.

Sesiapa Yang Tidak Suka Boleh Unfollow - Tasha Shila




SELEBRITI & peminat sememangnya tidak dapat dipisahkan. Biarpun ada sesetengah selebriti berpendapat, kerjaya mereka masih boleh diteruskan tanpa peminat, namun hakikatnya, peminat juga memainkan peranan yg penting dalam kerjaya seninya.

Malah, apabila seseorang individu itu memilih kerjaya sebagai seorang selebriti, maka mereka harus melupakan atau meletakkan ke tepi istilah privasi.

Ini kerana, apa sahaja yg mereka lakukan, pasti menjadi perhatian peminat, lebih-lebih lagi pada zaman teknologi ini, apa sahaja yg dilakukan oleh golongan selebriti, pasti pantas diketahui menerusi laman sosial.

Jika baik tindakan mereka, maka mereka akan mendapat pujian & perhatian. Namun jika perbuatan mereka buruk, maka mereka pasti tidak lepas menerima kritikan.

Terbaru, tindakan Tasha Shilla berkongsi gambar sambutan hari jadinya mengundang kritikan sesetengah pengikut di laman Instagram miliknya.

Tidak cukup dengan itu, kemesraan Tasha dengan seorang lelaki pada malam tersebut juga menjadi bahan pertikaian hingga ada yg mempersoalkan hubungan mereka.

Mengulas mengenai situasi itu, Tasha tidak mengambil teguran & kritikan sebagai satu perkara yg negatif.

"Sebagai selebriti, saya sedar segala tindak-tanduk yang kita lakukan pasti menjadi perhatian. Tindakan saya memuat naik gambar sambutan hari jadi itu dilakukan sekadar suka-suka.

"Namun jika ada pihak yg kurang senang atau tidak menyukai gambar yg saya muat naik, mereka boleh 'unfollow' saya," katanya kepada Zass.

Tambahnya lagi, sebagai selebriti, adalah sesuatu perkara yg lumrah jika ada pihak yg tidak menyukai seseorang selebriti itu.

"Bukan sahaja selebriti, tetapi jika kita sebagai orang biasa pun, normallah jika ada yg tidak menyukai kita.

"Apa yg penting, saya gembira dengan kehidupan saya sekarang & orang yg berada di sekeliling saya juga gembira," ujarnya.

Berkongsi harapan & impiannya sempena ulang tahun kelahiran yg ke-27, Tasha berkata: "Impian saya agar kerjaya saya berkembang dengan baik. Mempunyai kehidupan yg baik, semuanya gembira & mendirikan rumah tangga."

Gambar :
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Sesiapa Yang Tidak Suka Boleh Unfollow - Tasha Shila"
Back To Top