
4. Marion Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin
#Penyatuan di
antara personaliti televisyen popular Marion Caunter dan Pengerusi
Eksekutif, Kumpulan Naza Usahasama, SM Nasarudin SM Nasimuddin merupakan
salah satu majilis perkahwinan yang paling diperkatakan di dalam arena
hibuaran tempatan.
#Majlis
perkahwinan yang bertema mawar putih berlangsung di Mandarin Oriental,
dan dihadiri oleh bintang-bintang terkemuka seperti Elainy Daly, Deborah
Henry, Tom Abang Saufi dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin. Bintang pop tempatan Ning Baizura dan Sean Ghazi menyampaikan
persembahan beserta pancaragam Russell Curtis.
#Jumlah tetamu
yang telah menghadiri majlis perkahwinan tertutup ini pada tahun 2010
tidak diketahui. Namun, Mandarin Oriental dianggarkan telah mencaj RM300
untuk kos makan setiap individu.
#Menurut satu majalah pengantin online, jumlah kos perkahwinan tersebut mungkin mencapai RM5 juta.

3. Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)
#Salah satu
majlis perkahwinan selebriti yang paling rumit berlangsung dalam sejarah
Malaysia adalah penyatuan puteri pop Siti Nurhaliza dan usahawan, Datuk
Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).
#Beberapa
sumber menganggarkan bahawa jumlah kos perkahwinan yang berlangsung pada
tahun 2006 tersebut boleh mencapai lebih daripada RM12 juta. Kos
perbelanjaan kek berperingkat mereka yang digelar Indah Percintaan
berjumlah RM12,000. Siti juga dilaporkan menerima mas kahwin RM22,222
dan wang hantaran RM30,000.
#Pasangan ini
kemudiannya menafikan tuntutan tersebut, dengan mengatakan bahawa
kebanyakkan barang termasuk barang kemas dan pakaian, adalah ditaja.
#Walau
bagaimanapun, mereka menerima RM1juta daripada sebuah stesen televisyen
tempatan untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka. Perkahwinan mereka
berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh
2,500 orang tetamu and disiarkan kepada 6.3 juta penonton seluruh
negara.
#Pada tahun
2010, E! News Asia menamakan pasangan ini sebagai Pasangan Selebriti
Ketiga Yang Paling Berkuasa di Asia, selepas penghibur Cina, Simon Yam
dan isteri, Qi Qi dan pasangan superstar Bollywood, Aishwarya Rai dan
suaminya, Abhishek Bachchan.

2. Benjamin Yong dan Elizabeth Lee
#Pengasas BIG
Group, Benjamin Yong dan pengasas bersama Bowerhaus, Elizabeth Lee telah
meraikan penyatuan mereka sebagai salah satu acara yang paling mewah
pada tahun 2014.
#Perkahwinan
mereka yang bertema karnival telah berlangsung di Stadium Chin Woo,
Kuala Lumpur. Ianya berlangsung seumpama pesta ria yang meriah, termasuk
hiasan tengah karusel berputar, pancaragam ayunan 25 keping, penari
aerial trapez, penari balet, perenang serentak, serta pelbagai jenis kek
perkahwinan yang berwarna-warni.
#Menurut salah
satu pemilik majalah pengantin online, pasangan yang berprofil tinggi
ini mungkin telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM54,000 untuk
persembahan sahaja.
#Walaupun ia
agak sukar untuk menganggarkan jumlah kos perbelanjaan untuk majlis
perkahwinan bertema carnival ini, ada kemungkinan yang pasangan tersebut
telah membelanjakan sebanyak RM10,000 untuk karusel sahaja dan RM50,000
untuk lampu hiasan.
#Kos untuk
fotografi mungkin dalam lingkungan RM20,000 dan kos ini hanya untuk
perkahwinan mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur.
#Sebelum itu,
pasangan yang berprofil tinggi ini telah menglangsungkan parti teh
pra-kahwin di Sydney, Australia dan upacara teh tradisional Cina di
Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

1. Rozita Che Wan dan Zain Saidin
#Dengan
penajaan yang bernilai RM13juta, penyatuan pelakon Rozita Che Wan dan
teman pelakon beliau, Zain Saidin pada tahun 2013 telah digelar sebagai
“perkahwinan yang paling mewah di tahun tersebut”.
#Penajaan termasuk barang kemas yang bernilai RM10 juta daripada Kedai Emas Habib dan barangan lain daripada 27 para penaja.
#Selain daripada itu, Rozita juga dilaporkan menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300 mas kahwin.
#Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam dan telah dihadiri oleh 200 orang tetamu.
0 Komentar untuk " [WAJIB BACA] JANGAN TERKEJUT... Perkahwinan Termahal di malaysia..."