malaynews1. Powered by Blogger.

[MESTI BACA] penyebar gambar tasha shila di kenal pasti?



 
 
 

Kaka Azraff: Itu semua fitnah SEBELUM ini, penyanyi Kaka Azraff telah dilabelkan sebagai perampas ekoran didakwa menjadi 'orang ketiga' dalam keretakan hubungan cinta yang terbina di antara aktres, Tasha Shila dengan kekasih hatinya, Hans Chen Wong.

Baharu saja reda dengan isu terbabit, pelantun lagu Bukan Hal Aku itu dikaitkan sekali lagi sebagai punca kepada penyebaran gambar seorang wanita separuh bogel yang didakwa mirip Tasha.

"Itu adalah fitnah yang sangat besar buat diri saya.

"Lebih baik tanya sendiri pada tuan punya badan dan bukanlah pada saya. Saya ini seorang perempuan dan saya tahu bagaimana perasaannya apabila dianiaya seperti itu.

"Malunya bukanlah sehari dua tetapi seumur hidup. Jadi, saya tak akan sekali-kali buat begitu," tegasnya kepada Zass ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama Uprising Entertainment, baru-baru ini.

Berang dengan tindakan individu yang menyebarkan gambar berkenaan, pelakon berusia 26 tahun itu turut menyifatkan individu terbabit sebagai kejam.

"Saya sebenarnya marah sangat pada si penyebar gambar itu. Individu itu memang jahat dan kejam.

"Saya faham akan keadaan yang dialami, malah saya turut bersimpati atas apa yang terjadi," katanya yang kini lebih berhati-hati dalam berkawan.


Sumber : http://www.sinarharian.com.my/hi ... mua-fitnah-1.403711
 
0 Komentar untuk "[MESTI BACA] penyebar gambar tasha shila di kenal pasti?"
Back To Top