Luahan Hati Romie Kepada Hanez Suraya | Awal bulan lalu, Hanez dan Romie ditemani enam lagi teman baik mereka berangkat ke Paris dan London untuk membeli barang hantaran.
Sebelum itu, Hanez turut ke Bangkok untuk membeli kain sebagai persediaan menjelang hari bahagianya.
Ketika berada di Eropah, Hanez sudi berkongsi video bakal suaminya dengan meluahkan harapan besarnya terhadap perkahwinan yang dimeterai tidak lama lagi.
Berlatarkan Menara Eiffel di Paris dan London Eye di London, Romie berkongsi cetusan hatinya.
Kurang dua minggu lagi, Hanez Suraya Abdul Aziz dan cinta hatinya, Romie Razin Adilha akan ke jinjang pelamin.
"Saya berharap Hanez akan menjadi isteri dan ibu yang baik kepada anak saya. Semoga saya dapat menjadi suami yang terbaik untuk dia dan ayah yang baik kepada anak kami. Semoga ikatan perkahwinan kami ini akan kekal hingga ke jannah.
"Insya-Allah saya akan jaga amanah serta tanggung jawab baru ini sebaik mungkin. Sebagai bakal suami saya berharap akan dikurniakan zuriat seterusnya yang akan terus memperlengkapkan lagi rumah tangga lebih bahagia.
"Semoga perjalanan hidup kami lepas kahwin nanti akan diberkati Allah dan direstui keluarga. Buat peminat Hanez dan rakan media yang tak putus menyokongnya, terima kasih saya rakamkan buat anda semua," katanya yang bertunang dengan Hanez pada 3 Januari lalu.
Romie turut berterima kasih kepada sokongan moral keluarga dan teman mereka yang selama ini tak pernah padam.
Pasangan ini dijangka bakal bernikah pada pagi 14 Mac 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Pada sebelah malamnya disusuli majlis berinai di kediaman keluarga Hanez di Seremban.
Majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang.
Seterusnya pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac.
Hanez berkata tiada tajaan besar daripada mana-mana pihak untuk majlis perkahwinannya nanti. Seperti biasa Hanez turut mahu mengabadikan hari bahagiannya dengan sentuhan jurusolek kesayangan iaitu Chomel dan Syed Dewa.
"Yang ada tajaan pun hanya tajaan kecil seperti bahagian inai. Kami juga menggunakan khidmat perancang perkahwinan sendiri untuk setiap majlis yang akan berlangsung. Saya juga akan memakai baju kahwin rekaan antaranya Wanpa dan KuntumbyNajeeb," katanya.
sumber
http://www.bharian.com.my/ node/37516

http://www.bharian.com.my/
0 Komentar untuk "Luahan Hati Romie Kepada Hanez Suraya"