Komen Balas Diana Rafar Terhadap Kenyataan Zamarul | Diana Rafar dalam komen balas terhadap kenyataan Zaamrul memuji bekas suaminya itu dalam menjelaskan setiap inci yang terjadi tanpa mengaibkan sesiapa.
"Saya bangga dengan kenyataan Zamarul yang matang dalam mengatasi situasi dan keadaan.
"Apa pun dia tetap bapa kepada anak saya. Saya tidak sekali pun membenci atau gembira dengan apa yang terjadi," katanya.
Siapa sangka perkahwinan mereka yang dibina atas dasar cinta pada 16 Mei 2009 boleh diragut begitu saja pada 15 Januari lalu. Ia ternyata mengejutkan ramai pihak.
Tetapi, bagi Diana Rafar, beliau percaya andai ada jodohnya dengan Zamarul Hisham kembali pasti tak ke mana.
Ketika ini ramai peminat mendoakan agar pasangan ini kembali seperti sedia kala.
"Saya menjalani kehidupan macam biasa. Rutin harian menjaga anak, perniagaan dan karier sebagai anak seni berjalan seperti selalu.
"Terlalu banyak yang saya pelajari atas perpisahan ini. Mungkin ada rahmat di sebalik dugaan perpisahan ni berlaku.
"Saya dan Zamarul tak pernah bermusuh apatah lagi berdendam antara kami. Sebenar tak perlu untuk saya jelaskan sebab bagi saya masalah antara kami terlalu peribadi dan rahsia saya dan Zamarul," kata ibu kepada Kashfi Haiqal itu.
Menurut Diana lagi, ruang perpisahan itu sebaiknya menjadi peluang mereka bermuhasabah diri ke arah yang lebih baik selepas ini.
"Apa yang berlaku menjadi ruang untuk saya sendiri menilai mana sahabat dan orang yang benar-benar ikhlas untuk urusan perniagaan ataupun persahabatan dan yang mana lawan serta sebaliknya. Insya-Allah saya lebih berhati hati selepas ni.
"Saya tak nafikan ada orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku. Mungkin juga orang terdekat, sahabat atau sebagainya tapi bagi saya biarlah semuanya ini menjadi iktibar supaya saya lebih berhati hati selepas ini," katanya yang jelas memanjat kesyukuran dan tenang dengan kehidupan sekarang.
Ditanya apakah beliau masih menyayangi bekas suaminya itu seperti mana Zamarul menyayangi sehingga kini, Diana hanya membiarkan persoalan itu berlalu sepi.
"Doakan kebahagiaan dan kesihatan kami baik, dengan izin Allah. Insya-Allah," katanya.
sumber
http://www.bharian.com.my/ node/37694

http://www.bharian.com.my/
0 Komentar untuk "Komen Balas Diana Rafar Terhadap Kenyataan Zamarul"