Yana Samsudin Dedah 90 Peratus Kos Kahwin Di Taja Kecuali Makanan | "Buat masa sekarang persiapan sudah 60 peratus yang siap. Kad jemputan juga baru siap dan saya sedang menghantarnya. Soal penajaan, memang ramai pihak yang sudi menaja. Dari pelamin nikah, sanding, busana kahwin dan cenderahati untuk tetamu semuanya ditaja. Cuma, makanan sahaja saya bayar sendiri," kata Yana Samsudin tentang hari bahagianya itu yang boleh dikatakan 90 peratus daripadanya ditaja oleh beberapa pihak..
Menjelang tarikh pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari pada 13 Februari ini, bermakna tinggal seminggu lagi keduanya bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Yana dan Fadzil akan dinikahkan pada petang 13 Februari iaitu selepas solat Jumaat sementara majlis persandingan mereka akan diadakan pada keesokan harinya di kampung Yana yang terletak di Yong Peng, Johor.
"Saya rasa tidak ada salahnya mewar-warkan majlis perkahwinan ini. Lagi pula saya umumkannya selepas semuanya telah 'confirm'. Memandangkan dalam tempoh tersebut adik saya dan Fadzil masing-masing sedang bercuti semester, jadi kami sepakat memilih tarikh berkenaan," ujarnya lagi yang mana majlis bertandang sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 7 Mac akan datang.
Ditanya ada tidak pantang larang yang diamalkan sebelum berlangsungnya majlis pernikahan kelak, kata Yana;
"Tidak ada sebarang pantang larang seperti orang-orang tua kata yang mana tidak boleh bertemu bakal suami seminggu sebelum bernikah. Bagi saya, dalam soal perkahwinan apa yang penting adalah pernikahan. Saya mengharapkan agar semuanya berjalan lancar."
sumber
http://mediahiburan.karangkraf.com/trending/majlis-kahwin-yana-samsudin-90-peratus-ditaja-1.357569

0 Komentar untuk "Yana Samsudin Dedah 90 Peratus Kos Kahwin Di Taja Kecuali Makanan"