malaynews1. Powered by Blogger.

Misteri Bangkai Monyet Dalam Pesawat QZ8501

Misteri Bangkai Monyet Dalam Pesawat QZ8501 | Petugas di Unit forensik (DVI) polis Jawa Timur, Indonesia terkejut sebaik mendapati mayat nahas pesawat QZ8501 yang disangka manusia adalah seekor monyet.

Misteri Bangkai Monyet Dalam Pesawat QZ8501

Memetik laporan dari Kompas, Ketua pasukan DVI Jawa Timur, Komisaris Besar Budiyono berkata, penemuan tersebut disahkan menerusi ujian DNA yang dilakukan ke atas mayat itu.

"Jenazah dilabelkan B077 yang tiba dari Sulawesi di Hospital Bhayangkara Polis Daerah Jawa Timur ternyata bukan manusia tetapi sejenis primat. Ia mungkin dari spesis monyet," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan portal tersebut.

Menurut Budiyono, ciri-ciri fizikal haiwan itu juga berbeza dengan ciri-ciri fizikal seorang manusia.

"Hanya kulit dan tulang dari leher sampai pinggul saja yang ditemukan, isi perut dan daging sudah tidak ada," terangnya.

"Kulit bahagian belakangnya sangat tebal, keras dan kasar. Ia bukan menunjukkan ciri-ciri fizikal manusia," katanya lagi.

Siasatan awal itu diperkuat dengan ketinggian tubuh bangkai itu yang hanya sepanjang 30-35 sentimeter.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/qz8501-misteri-bangkai-monyet-dalam-pesawat-1.357384

View the original article here

0 Komentar untuk "Misteri Bangkai Monyet Dalam Pesawat QZ8501"
Back To Top