malaynews1. Powered by Blogger.

Tahniah! Elly Mazlein kini hamil anak sulung


Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein apabila disahkan hamil anak sulung.

Berita gembira itu dikongsi Elly bersama Media Hiburan menerusi kiriman Whatsapp berserta gambar imbasan kandungannya.

"Assalamualaikum sayang, alhamdulillah akak 'pregnant'. 'Gestational age' satu bulan dua minggu. Doakan akak ya," ujarnya ringkas kepada Media Hiburan.

Elly juga mengharapkan doa daripada semua peminat semoga kandungannya sihat dan selamat melahirkan.


"Jantina anak memang belum boleh tahu lagi. Tapi akak tidak kisah jika dikurniakan anak lelaki atau perempuan. Asal sahaja anak dalam kandungan sihat dan selamat," tambahnya lagi.

Untuk rekod, Elly telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Azmi Hatta yang juga merupakan seorang pengarah drama pada 9 November 2014.

View the original article here

0 Komentar untuk "Tahniah! Elly Mazlein kini hamil anak sulung"
Back To Top