malaynews1. Powered by Blogger.

Dato Eizlan Yusof sah bercerai talak satu


Pelakon Dato` Eizlan Yusof telah disahkan bercerai talak satu dengan isterinya, Datin Vie Santie Harun oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah itu memutuskan perkara tersebut demikian selepas mendapati lafaz yang diucapkan Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, terhadap Vie Santie, 29, pada 28 September tahun lalu adalah sah dan mengikut syarak.

Pasangan ini kemudiannya diarahkan supaya mendaftar penceraian mereka di pejabat agama Islam Gombak Timur selain sijil nikah mereka dilupuskan.

Mahkamah juga merekodkan perjanjian persetujuan bersama pasangan itu antaranya nafkah edah diserahkan pada budi bicara Eizlan dan Vie Santie bersetuju untuk tidak menuntut mutaah.

Selain itu, pasangan berkenaan bersetuju hak penjagaan anak diserahkan kepada Vie Santie namun Eizlan diberi hak bersama dan bermalam dengan tiga anak mereka pada bila-bila masa yang munasabah.

Pada prosiding semalam, Eizlan yang tidak diwakili peguam terus meninggalkan perkarangan mahkamah selepas kesnya selesai manakala Vie Santie yang hadir ditemani saudaranya juga enggan memberi sebarang komen.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara, Zareef Yusof dan V Zaalia berusia antara tiga hingga enam tahun.

View the original article here

0 Komentar untuk "Dato Eizlan Yusof sah bercerai talak satu"
Back To Top