malaynews1. Powered by Blogger.

Ronie Mengadu Pasal Hanez Suraya Terkejut Habis Peminat




Menusuk jantung luahan sedih Romie yg kini sudah menjadi tunangan pelakon kontroversi Hanez Suraya. Kami tak sangka lelaki sekuat beliau tetap terbuka hati untk berkongsi luahan hati.

Serius cakap, kami turut sama terasa sebak dan hampir menitiskan airmata selepas membaca luahan Romie. Memang amat sayu dan cukup menyayat hati.


Tak tahu nak rasa terharu atau nak rasa pelik apabila membaca kenyataan tunang kepada Hanez Suraya, Romie Razin Adilha ini. Mana tidaknya, menurut usahawan berjaya ini, dirinya memang bercita-cita mahu memperisterikan Hanez sejak awal perkenalan mereka.

Namun kalau tak silap kami, Romie sudah pun bergelar suami org ketika itu. Mungkin Romie bercadang untk berpoligami. Iyerlah, org kaya dan berkemampuan memang selalu beristeri lebih dari satu. Tak gitu?

Namun rintangan, dugaan dan halangan yg telah menimpa Romie dan Hanez tiada siapa menduga. Walaupun begitu, jodoh mereka memang amat kuat. Kini Romie dan Hanez telah pun selamat bertunang dan akan bernikah pada bulan Jun ini.

Membaca kata-kata Romie, memang jelas menunjukkan lelaki ini seorg yg tidak mudah berputus asa untk memiliki cinta Hanez. Kata Romie:

"Syukur Alhamdulillah segala-galanya terus dipermudahkan. Niat saya dari awal mengenali Hanez memang nak jadikan dia sebagai teman hidup saya. Tetapi lumrah dalam mana-mana hubungan pasti ada rintangan yg melanda.

Ia menjadi kayu pengukur sejauh mana hubungan ini akan bertahan. Dalam hubungan kami pun, kami pernah melalui fasa berantakan. Tetapi saya tak pernah putus asa untk terus memilikinya sekali gus memperisterikannya.

Ketika kami putus. Saya rasa kehilangan. Anak saya (dari perkahwinan terdahulu) pun sudah rapat dengannya. Jadi saya cuba memujuknya kembali. Tetapi bukan senang untk memenangi semula hatinya."

Rasanya para pengikut perkembangan dunia hiburan juga sudah dapat menerima apa yg terjadi kepada Hanez dan Romie. Rata-rata sudah memaafkan bakal pasangan suami isteri ini.

Satu ketika dahulu, memang nama Hanez Suraya dan Romie cukup dibenci org ramai. Semoga apabila mereka berkahwin kelak, segala kisah-kisah tersebut akan dilupakan.

Apa pun, tahniah kepada Romie kerana akhirnya apa yg dicita menjadi kenyataan. Selamat bergelar suami !!! - Beautifulnara



 

0 Komentar untuk "Ronie Mengadu Pasal Hanez Suraya Terkejut Habis Peminat"
Back To Top