malaynews1. Powered by Blogger.

Alamak Apa Sudah Jadi Denga Muka Fathia



Bukan realiti tetapi ia adalah lakonan Fathia Latiff semata-mata bagi menjayakan watak seorang isteri yg begitu gilakan suntikan botox.

Menurut Fathia, wataknya dalam telemovie tersebut adalah watak paling sukar kerana perlu meyakinkan penonton bahawa dia berada dalam kesakitan akibat daripada suntikan botox.

“Bagi saya, ini adalah watak paling berat yg pernah saya bawa. Kesakitan yg saya lakonkan perlu nampak real kerana ingin menunjukkan keperitan dan kesengsaraan yg terpaksa saya tanggung akibat suntikan botox.

“Tetapi apa yg berlaku terhadap wajah perempuan yg saya lakonkan itu adalah disebabkan kawannya yg iri hati dengan kecantikannya dan telah meletakkan racun ke dalam botox tersebut,” katanya kepada Mangga Online ketika ditemui baru-baru ini.

Berkongsi mengenai jalan cerita drama tersebut, Fathia memberitahu ia merupakan sebuah drama yg mempunyai jalan cerita yg menarik dan menyayat hati.

Mengisahkan seorang suami iaitu lakonan Fahrin Ahmad yg begitu mengagungkan kejelitaan wajah isterinya sehingga sanggup mengeluarkan wang untuk isterinya menjalani rawatan kecantikan muka.

Tetapi keadaan wajah wanita itu tidak seperti yg diinginkan kerana kawan lamanya lakonan Raja Ilya telah memasukkan racun ke dalam botox yg digunakan. Hal itu menyebabkan dia mengalami keperitan dan kesakitan sehingga dia disahkan mengalami penyakit kanser kulit.

Suaminya pula kemalangan jalan raya sehingga buta penglihatan. Namun suaminya terpaksa pura-pura buta kerana ingin menjaga hati isterinya yg begitu paranoid dengan wajah yg semakin teruk.

Setelah lama menderita, akhirnya wanita tersebut meninggal dunia tanpa mengetahui bahawa suaminya itu sebenarnya masih boleh melihat.
Dalam pada itu, telemovie berdasarkan kisah benar itu bakal dipertontonkan Februari ini yg masih belum diketahui tarikhnya dan akan ditayangkan menerusi slot cerekarama siaran TV3.

melastik bulan

0 Komentar untuk "Alamak Apa Sudah Jadi Denga Muka Fathia"
Back To Top