malaynews1. Powered by Blogger.

WOW!!! Taylor Swift Jadi Rebutan Majalah Terkemuka


Nama Taylor Swift kini semakin meningkat naik dan menjadi satu fenomena ikutan para remaja kini. “Taylor Swift: Billboard’s Woman of the Year 2014” juga telah membuatkan dirinya semakin menjadi perhatian dan diminati ramai.

Lagu-lagu yg dibawanya sememangnya dapat diterima ramai senang cakap mendominasi carta lagu gitu.

Bukan tu je, pengaruhnya juga terbawa-bawa sehingga ke muka majalah yg terkenal seperti TIME, Bloomberg Businessweek dan Wonderland.

Siapa yg tak nak berebut-rebut ambil Swift jadi model cover majalah kan, nilai komersial tinggi tu. Boleh tarik ramai lagi para peminat majalah hiburan.



Majalah TIME turut berkongsi tentang album terbaru Swift berjudul ‘1989’, meraikan kegemilangannya serta pendapat tentang gambaran media terhadap wanita.

Bloomberg Businessweek pula memperkatakan tentang peranannya dalam industri muzik. Manakala menerusi Wonderland, Swift berbicara tentang Twitter, muzik dan kehidupan solo.



Macam-macam orang nak tahu tentang Swift ni kan. Video terbarunya di Youtube juga mendapat sambutan hangat kira-kira lebih 17 juta tontonan hanya dalam tempoh sehari.

Ada lagi, dengan pelancaran album ‘1989’ Oktober lalu berjaya membuatkan Swift berjaya mengungguli carta paling popular di media sosial Starcount.

Wah muda-muda ni dah jadi jutawan, caya laaaa Taylor Swift!


 

0 Komentar untuk "WOW!!! Taylor Swift Jadi Rebutan Majalah Terkemuka"
Back To Top