malaynews1. Powered by Blogger.

APA KES!!!Terharu Che Ta Bila Chef Wan Pertahankan Dirinya


Sudahkah anda membaca teguran yg diberikan oleh Chef Wan kepada mereka yg mengutuk Che Ta?

Teguran tersebut amat bagus dan telah membuatkan ramai yg terasa hati. Namun kalau anda juga terasa hati, maksudnya ada ‘something wrong somewhere’ pada diri anda.

Mungkin sudah tiba masa untuk anda belajar bergembira dengan kebahagiaan orang lain. Tak gitu?

Rozita Che Wan juga telah membaca kata-kata daripada Chef Wan itu dan melahirkan rasa terharu kerana chef terkenal tersebut tampil mempertahankan dirinya. Kata Che Ta menerusi Harian Metro:-


Saya rasa sangat suka dan terharu apabila ada juga (selebriti) yg senior sudi pertahankan saya daripada kutukan tidak berasas orang-orang di luar sana.

Kalau diikutkan saya bukanlah kenal baik atau rapat pun dengan Chef Wan tapi atas sikap kemanusiaan dan kematangan dia terpanggil untuk menyelar sikap biadap sebahagian ‘keyboard warriors’ ?? yang dianggapnya mempunyai hati yang busuk.

Sebenarnya saya sangat seronok bila Chef Wan bertindak macam itu dan tak sangka bila seorang yang lebih senior memahami situasi yang saya lalui bila dihentam secara keterlaluan oleh golongan (keyboard warriors) itu

Abang Nara faham perasaan Che Ta. Kadangkala selaku selebriti, banyak benda yang ingin diluahkan namun tidak mampu dilakukan kerana mahu menjaga imej.

Dengan adanya selebriti lain bersuara bagi pihak kita, sekurang-kurangnya apa yang terbuku di hati dapat dilepaskan.

Apa pun, tak sabar rasanya nak tahu nama anak Che Ta yang akan diumumkan hari ini. Sama-samalah kita nantikan apakah nama pilihan untuk si puteri itu.

Sumber artikel dipetik dari beautifulnara.com.

 

0 Komentar untuk "APA KES!!!Terharu Che Ta Bila Chef Wan Pertahankan Dirinya"
Back To Top