malaynews1. Powered by Blogger.

BUAT HAL!!! Pijak Isteri Di Tempat Kerja Kerana Enggan Balik Masak Tengahari







KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dayus tergamak mengheret isteirnya sebelum memijak kepala mangsa berulang kali hanya kerana mangsa gagal memasak juadah tengah hari.



Dalam kejadian yg berlaku pada jam 3 petang kelmarin, mangsa berusia 30-an diserang oleh suaminya ketika sedang bekerja di pejabatnya yg terletak di Bangsar.



Apa yang lebih menyedihkan, mangsa yg dibelasah oleh suami jahanam itu sedang mengandung tiga bulan.



Suspek pada mulanya menghubungi mangsa yg sedang bekerja kira-kira jam 3 petang dan meminta wanita itu pualng ke rumah untuk memasak.



Bagaimanapun, mangsa menjelaskan dia tak dapat balik kerana masih ada kerja di pejabat. Berang dengan jawapan itu menyebabkan suspek mengamuk serta menghamburkan kata-kata kesat.



Suspek kemudiannya muncul di tempat kerja mangsa dan terus menyerangkan serta mengheret mangsa ke tingkat bawah bangunan pejabat. 



Mangsa yang mengerang kesakitan cuba melawan menyebabkan insiden menjadi semakin tegang. Suspek bertindak mencekik isterinya dan membelasah mangsa sebelum berjaya dileraikan rakan setugas.



Menurut mangsa, dia sebelum ini pernah dibelasah beberapa kali oleh suspek. Suspek juga dikatakan sering memaksa mangsa berhenti kerja, namun mangsa enggan kerana suaminya itu adalah seorang penganggur.



Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan lebam. 



Bimbang kejadian lebih buruk, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai.



Difahamkan suspek bertindak menghalau isterinya dari rumah sejurus kejadian serangan itu. - My Media Hub



 
0 Komentar untuk "BUAT HAL!!! Pijak Isteri Di Tempat Kerja Kerana Enggan Balik Masak Tengahari"
Back To Top