malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS!! Pengacara MELETOP, Neelofa Sudahpun Dirisik?






Neelofa Sudahpun Dirisik? Mesti peminat-peminat pengacara Meletop dan Nona ini tertanya-tanya dan ingin mengetahui adakah Neelofa sudah dirisik.

Ini berikutan tersebarnya gambar sebentuk cincin di Instagram Neelofa. Wahhhhh.. Okay tu je reaksi kami bila terpandang gambar sebentuk cincin di Instagram Neelofa berserta caption ‘loml’ ala-ala mengundang orang untuk berteka-teki.


Kalau mengikut fahaman dan translasi dari kamus Google, ‘loml’ yg sering digunakan oleh generasi internet sekarang bermaksud ‘Love of My Life’. Ehemm apakah makna semua ini?

Dari apa yg kami baca di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah dan berpendapat cincin berkenaan adalah tanda Neelofa sudah dirisik seseorang.

Kalau betul, maka tak lama lagi kita akan menyaksikan Neelofa menyarungkan pakaian pengantin dan bersanding di atas pelamin. Agak-agak boleh diiktiraf Wedding of the Year tak?




Tapi apa yang kelakar, ada juga yang terus-terusan mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan seakan memberi hint bahawa Neelofa adalah bakal Permaisuri. Hmm tak beranilah kami nak cakap lebih-lebih selagi tuan punya badan belum buat statement.

Di harapkan Neelofa dapat menjelaskan cincin yang di muatnaik beliau di instagram, sama-sama kita doakan yang terbaik buat Neelofa. Tak sabar nak tengok Neelofa pulak naik pelamin.


Sumber

 
0 Komentar untuk "ARTIS!! Pengacara MELETOP, Neelofa Sudahpun Dirisik?"
Back To Top