malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA!!! Tergamam Lihat Suami Peluk Janda Keadaan Tanpan Seurat Benang



ALOR GAJAH : Seorang isteri tergamam apabila menyaksikan suaminya tidur 

berpelukan dengan seorang janda beranak enam dalam kejadian kira-kira 11.40 

pagi semalam.





Dalam kejadian itu, pasangan terbabit ditemui dalam keadaan bertelanjang bulat

dalam sebuah bilik di rumah ibu lelaki berkenaan di Kampung Ayer Paabas, dekat 

sini.



Wanita berusia 60 tahun itu mendakwa suaminya yg sudah bercucu itu kerap tidur 

bersama pasangannya di rumah berkenaan.



Sumber berkata, isteri yg berada di hospital melawat ibu mertuanya berusia 87
tahun berasa tidak sedap hati sebelum pulang menjenguk ke rumah ibu mertuanya
itu.



“Setibanya di rumah kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut terdengar dengkuran kuat

 suaminya dari arah salah satu bilik.



“Berang melihat perbuatan jijik suaminya itu, si isteri bertindak melaporkan kejadian

kepada pegawai syarak kampung berkenaan sebelum tindakan diambil,” katanya.



Bertindak atas maklumat, Pegawai Syarak merangkap Imam (1) Kampung Ayer
Paabas,Sahri Abu Samah bersama penduduk kampung membuat pemeriksaan ke 
atas rumah disyaki.



“Walau bagaimanapun salam dan ketukan di rumah itu tidak berjawab kira-kira 10
minit sebelum imam serta penduduk bertindak masuk melalui pintu yg tidak
berkunci.



“Pasangan terbabit terkejut dengan kehadiran penduduk kampung dan mengaku 
bukan pasangan suami isteri selain mendakwa bermalam di rumah itu akibat 
keletihan,




Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi 
mengesahkan pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor 
Gajah sebelum kes dirujuk Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam 
Melaka (Jaim) Negeri untuk tindakan lanjut. 



 

0 Komentar untuk "BERITA!!! Tergamam Lihat Suami Peluk Janda Keadaan Tanpan Seurat Benang"
Back To Top