malaynews1. Powered by Blogger.

SELAMAT Ariel Noah bebas sepenuhnya


ARIEL

VOKALIS kumpulan Noah, Ariel kini mampu menarik nafas lega apabila tempoh bebas bersyarat yang dikenakan ke atas dirinya telah berakhir pada Isnin lalu. Perkara itu menyebabkan penyanyi berusia 33 tahun itu tidak lagi perlu melaporkan dirinya di balai polis mengikut aturan yg ditetapkan ke atasnya sejak setahun lalu.






Sepanjang tempoh bebas bersyarat itu, Ariel yg sebelum ini bersama kumpulan Peter Pan sudah hadir melaporkan diri kepada pihak berkuasa di Bandung, Jawa Barat sebanyak 26 kali.

Dalam tempoh itu juga, Ariel dilaporkan pernah sekali sahaja gagal melaporkan diri sewaktu dia terlibat dengan persembahan konsert di Sulawesi.

Ariel sebelum ini pernah dipenjarakan selama tiga tahun enam bulan di Penjara Kebonwaru, Bandung selepas disabitkan bersalah atas kontroversi klip video lucah yg mengaitkan dirinya. Bagaimanapun Ariel kemudian dibebaskan pada 23 Julai 2013.







 

0 Komentar untuk "SELAMAT Ariel Noah bebas sepenuhnya"
Back To Top